Maxis telah melancarkan tiga biasiswa baru untuk menyokong aspirasi individu muda dan
cemerlang dalam komitmennya untuk membangun pemimpin yang pintar dan berpandangan maju.
Mulai hari ini hingga 31 Ogos, calon boleh memohon biasiswa Maxis Women in Tech
Undergraduate 2020 dan Maxis Young Leaders Undergraduate 2020. Oleh kerana
sambutan hebat yang diterima daripada pemohon, tarikh akhir permohonan pada 31 Ogos kini telah dilanjutkan hingga 14 September untuk membolehkan lebih ramai pelajar membuat permohonan.
“Di Maxis, pekerja kami adalah aset yang paling berharga. Kami mendorong mereka untuk tidak berhenti menyerlahkan dan memajukan diri untuk terus berkembang dalam industri ini.
“Biasiswa yang baru kami lancarkan adalah lambang penting yang mewakili budaya ini dan tujuan jenama kami – untuk membawa teknologi secara terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah.
“Kami gembira dapat membina kemampuan baru dalam dunia yang didorong oleh teknologi ini, dan kumpulan bakat yang merangkumi pemikiran ‘Kemungkinan Baru’ – selalu berdaya saing dan mencari jalan baru untuk terus maju,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.
Pemegang biasiswa Maxis yang berjaya akan mendapat akses menempa pengalaman belajar terbaik di universiti terkemuka yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
1. Biasiswa Maxis Women in Tech Undergraduate 2020: Ini adalah biasiswa Women in
Tech Undergraduate 2020 pertama yang dilancarkan oleh Maxis, untuk meraikan dan
menyokong wanita muda yangmahu membina kerjaya dalam bidang teknologi. Dengan
biasiswa ini, wanita mempunyai peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam bidang
sains komputer, kejuruteraan dan pengajian teknikal.
2. Biasiswa Maxis Tech Undergraduate 2020: Dengan memanfaatkan teknologi canggih
untuk menyokong cita-cita digital Maxis, biasiswa ini merujuk kepada komitmen Syarikat
untuk membentuk bakat dalam bidang teknologi yang mengikuti pengajian dalam kursus
kejuruteraan, sains komputer, sains data dan sains aktuari, matematik, statistik dan gunaan sains.
3. Biasiswa Maxis Young Leaders Undergraduate 2020: Memberi platform kepada rakyat
Malaysia yang pintar dan layak untuk mendorong mereka ke arena kepimpinan, sebagai
penyokong dan peneraju perubahan untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan memberi
inspirasi.
Calon yang berjaya juga akan mendapat peluang untuk membuat penempatan praktikal di
Maxis untuk melonjakkan kerjaya mereka ke tahap seterusnya, yang akhirnya memenuhi
keperluan yang semakin meningkat untuk kumpulan bakat teknologi dan inovasi di sektor ICT dan perniagaan.
Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk memohon Biasiswa Maxis 2020, pergi ke
https://www.maxis.com.my/about-maxis/career/early-careers/maxis-scholarship/