Tambang tetap AirAsia untuk penerbangan domestik kini kembali hanya untuk tiga hari sahaja bermula dari 24 hingga 26 Ogos 2020 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
Ahli BIG boleh menempah semua penerbangan di dalam Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dengan tambang tetap termasuk semua sehala pada hanya RM88*; sementara tambang tetap termasuk semua sehala hanya RM188* untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
Tempoh perjalanan bagi semua penerbangan ini bermula dari 1 September hingga 6 Disember 2020.
Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata, “Tawaran pelancongan dalam negeri amat penting untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia berikutan keadaan semasa yang beransur pulih.
“AirAsia ingin memainkan peranan kami dengan menghubungkan para pelancong ke destinasi pilihan mereka dengan mudah dan tambang berpatutan. Promosi tambang tetap ini tersedia untuk semua tempat duduk dan penerbangan termasuk penerbangan pada hujung minggu.
“Selain itu, promosi tambang tetap ini tepat pada masanya untuk mereka yang perlu pulang ke Sabah sempena pilihan raya negeri pada akhir bulan September. Kami juga telah mengemas kini pilihan fleksibiliti yang membolehkan para tetamu menukar tarikh penerbangan mereka pada bila-bila masa tanpa bayaran penukaran penerbangan.”
Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. AirAsia juga telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
Untuk maklumat terkini syarat dan keperluan kemasukan untuk Sabah dan Sarawak, sila layari halaman syarat dan keperluan perjalanan AirAsia.
Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Tidak tersedia pada 29 Oktober hingga 1 November 2020. Sila rujuk di sini https://air.asia/b9qKC