Rolls-Royce Motor Cars’ Bespoke Collective telah mencipta Koleksi unik Wraith Eagle VIII terhad kepada 50 buah sahaja untuk menceritakan kisah epik daripada salah satu momen paling penting di abad ke-20.

Salah sebuah telah tiba di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, pengedar rasmi Rolls-Royce di Malaysia.

Kapten John Alcock dan Leftenan Arthur Brown menantang langit yang belum dipetakan untuk melakukan penerbangan transatlantik pertama tanpa henti pada bulan Jun 1919.

Orang-orang sezaman dengan Sir Henry Royce, Alcock dan Brown terbang tanpa henti dari St. John’s, Newfoundland ke Clifden, Ireland dalam sebuah pesawat modifikasi pengebom Vickers Vimy Perang Dunia Pertama.

Pesawat ini dikuasakan oleh mesin kembar 20.3 liter, 350 bhp, enjin Rolls-Royce Eagle VIII. Daripada enjin yang luar biasa inilah Koleksi Wraith Eagle VIII mendapat namanya. Rolls-Royce menandakan prestasi ulang tahun ke-100 pada tahun lepas dengan Koleksi sangat kontemporari yang tampil kepada para penggembara hari ini, dan memberi penghargaan kepada mereka yang mengubah haluan sejarah.

“Saya tidak tahu apa yang paling kami harus kagumi – keberanian, tekad, keterampilan, sains, pesawat, enjin Rolls-Royce mereka – atau nasib baik mereka,” komen daripada Sir Winston Churchill, berikutan perjalanan merbahaya yang membawa kemajuan tidak dapat disangkal kepada masyarakat abad ke-20.

Dua wira angkasa ini menempuh setiap cabaran yang bisa dihadapi seorang juruterbang. Enjin Rolls-Royce Eagle VIII adalah satu-satunya komponen yang terbukti tidak hancur.

Torsten Müller-Ötvös, Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars, berkomen, “Wraith Eagle VIII merupakan objek keinginan; penghormatan kepada para pahlawan dan sebagai protagonis bagi para ‘visionaries’ di masa kini.

Koleksi Rolls-Royce ini menampilkan kemahiran luar biasa dari Bespoke Collective kami di Home of Rolls-Royce di Goodwood, Sussex Barat. Bespoke tetap menjadi permata di mahkota marque, menciptakan barang mewah buatan khas yang menentang trend pasaran pengilang buatan barang mewah.

Anas Zawawi Khalid, Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur berkata: “Rolls-Royce berada di barisan hadapan dalam segmen kereta Bespoke di Malaysia.

Pelanggan kami adalah pakar bidang yang inginkan kemewahan yang serba unik, Kereta ini bukan sahaja menunjukkan pencapaian yang sangat istimewa dalam sejarah global, tetapi juga bertepatan dengan perkembangan kita pada masa penerbangan dimangkinkan oleh eksploitasi juruterbang berani yang bergantung pada kebolehpercayaan dan keunggulan enjin Rolls-Royce Eagle VIII. ”

Bahagian eksterior Wraith Eagle VIII Collection Car mengingatkan waktu pengembaraan Alcock dan Brown pada waktu malam yang menarik. Disalut dengan cat ‘two-tone’ iaitu Gunmetal dan permukaan atasnya Selby Grey, warna-warna dipisahkan dan ditampilkan dengan warna tembaga Brass Coachline yang amat detail.

Grill hitam di depannya merujuk kepada penutup enjin Rolls-Royce Eagle VIII di pesawat Vickers Vimy. Sebahagian rim roda dipoles untuk memberikan bayangan lutsinar.

Buatan interior amat halus, warnanya padan dengan eksterior. Selby Grey dan kulit hitam ditonjolkan dengan sulaman kekuningan warna Brass tembaga, rujukan kepada alat navigasi (‘sextant’) tembaga yang begitu penting dalam kejayaan dalam penerbangan transatlantik ini.

Jam Rolls-Royce sering dipandang sebagai barang kemas, dengan ramai pelanggan memilih kanvas ini untuk menceritakan kisah motokar mereka dalam miniatur. Wraith Eagle VIII tidak terkecuali.

Pelopor pemberani kami menceritakan bahawa panel instrumen mereka membeku dari altitud tinggi dan kondisi yang buruk, merujuk pada satu-satunya iluminasi cahaya yang boleh dilihat hanyalah cahaya hijau lampu daripada panel kontrol dan nyalaan daripada enjin ‘starboard’.

Sebagai tanda penghormatan, Rolls-Royce Bespoke Collective telah mencipta jam yang berlatar belakangkan efek ais dengan kilauan warna hijau pudar yang hanya boleh kelihatan sewaktu memandu pada waktu malam.