Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin industri takaful masa depan
FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) amat berbangga untuk memulakan program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) yang pertama untuk membangun, melatih dan membimbing graduan untuk menjadi pemimpin industri masa depan sebagai sebahagian daripada visinya untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful.

PROTEGE dirancang dan dibangunkan dengan tujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk bekerja dalam industri takaful, dengan objektif-objektif berikut:
· Meningkatkan kebolehpasaran graduan baru.
· Mendidik calon-calon terutamanya daripada keluarga yang kurang berkemampuan tentang keperluan takaful dan memberi sokongan supaya mereka dapat membina asas yang kuat dalam pengetahuan mengenai pelbagai fungsi dalam industri takaful.
· Menyediakan calon dengan sesi latihan yang bermakna dan melengkapkan mereka dengan pensijilan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) sekiranya mereka berminat untuk meneruskan kerjaya berasaskan komisen dalam industri takaful selepas PROTEGE.
Lisa Lew, Ketua Pegawai Sumber Manusia FWD Takaful berkata “Kami sangat teruja dengan pengalaman pekerja kami, menghargai tingkah laku yang betul, meraikan kepelbagaian dan memberikan kerja yang bermakna.
“Fokus kami untuk PROTEGE adalah memupuk potensi belia dengan pengetahuan industri dan melengkapkan mereka dengan kemahiran terbaik untuk berjaya dalam industri takaful. Matlamat kami adalah mengenai apa yang dapat kami tawarkan kepada mereka dan bukannya apa yang dapat mereka tawarkan kepada kami.”
“Sejak dari mula, PROTEGE kami akan menyertai program persediaan bekerja yang komprehensif dan tersusun yang secara sistematik memperlihatkan mereka kepada tugas-tugas secara langsung, serta peluang untuk mengenali nilai-nilai syarikat kami.
“Kami juga memastikan setiap jabatan mempunyai rancangan tindakan untuk PROTEGE mereka selama program lapan bulan ini supaya mereka dapat mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan takaful.” katanya.
Pemohon yang berminat mesti mendaftar di www.protege.my dan hantar permohonan mereka ke [email protected].
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai FWD Takaful, sila layari fwd.com.my.




































