NOURS Venture Sdn Bhd (NOUR’S), pengeluar snek ringan berasaskan kulit ayam pertama di Malaysia membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang berminat dengan modal serendah RM85.

Pengasas Bersama NOUR’S, Syaira Sadle berkata, peluang itu dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ejen dengan model RM85 supaya setiap orang mampu menyertainya sekali gus menjana pendapatan dengan Chickin.

Beliau berkata, ejen mampu meraih keuntungan sebanyak RM12 bagi setiap balang snek seberat 200 gram ini yang dijual pada harga pasaran RM29.

Katanya, untuk menjadi ejen adalah mudah dengan hanya klik dan isi butiran diri di https://nours.onpay.my/order/form/new agent noursvengers

“Produk NOUR’S Chickin ini sudah mula berada dipasaran sejak pertengahan Julai lalu dan pemilihan snek kulit ayam ini kerana ramai orang yang suka makan kulit ayam yang digoreng rangup.

“Snek kulit ayam Chickin mempunyai kualiti dan standard tersendiri. Ianya diproses dengan teliti agar snek yang dihasilkan tidak langsung bercampur dengan lemak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pra pelancaran produk itu di Lepaking 1.0, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Pengasas Bersama NOUR’S, Faiz Hilmy pula berkata, produk NOUR’S Chickin itu telah melalui formulasi dan pelbagai peringkat saringan bagi memastikan kualiti snek, pembungkusan dan pelabelan menepati standard yang diinginkan.

“Idea menghasilkan snek kulit ayam ini bermula apabila saya sendiri merupakan antara individu yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

“Dengan misi untuk membantu lebih ramai orang untuk mula berniaga dan menjana pendapatan tambahan serta melahirkan lebih ramai penyumbang kepada zakat di kalangan warga jualan NOUR’S,” katanya.

Beliau berkata, walaupun masih ada golongan yang agak paranoid dengan kulit ayam, namun beliau menjelaskan bahawa kulit ayam bukanlah salah untuk dimakan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan dari pakar kesihatan dari Universiti Harvard yang mengatakan kulit ayam mengandungi lebih banyak asid lemak Omega 6 berbanding Omega 3 dan bukanlah terdiri daripada lemak trans sekali gus ianya baik untuk jantung.

“Kita mendapatkan sumber bekalan kulit ayam daripada pembekal muslim dan produk ini kemudiannya diproses serta dikilangkan di Tanjung Karang, Selangor. Justeru, produk ini benar-benar bersih dan halal.

Personaliti televisyen Mat Dan turut hadir memberikan sokongan

“Ketika ini produk seumpama ini dihasilkan secara komersial di Thailand dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kami berharap produk Chickin NOUR’S mampu menembusi pasaran luar negara satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Faiz berkata, NOUR’S juga meraikan penggemar snek Chickin dengan mengajak lebih banyak penyertaan menerusi peraduan Gaji Setahun – Beli & Menang!.

Peraduan ini terbuka dengan membeli Chickin dan imbas kod QR yang tertera di label botol. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 September 2020. Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh melayari laman sosial facebook dan instagram Nours Chickin.

Pada majlis pelancaran itu turut diadakan beberapa acara menarik iaitu cabaran King of eat alert!, Spicy Rush, The Flash Challenge dan Guess Me! yang menawarkan hadiah wang tunai RM200.

Dalam pada itu, NOUR’S chickin berterima kasih kepada penaja lokasi Lepaking dan penaja makanan untuk acara ‘food Challenge’ iaitu Dessert Heaven, Chick ‘n’ Cone, Aroi Cuisine, Lodevole, AYO! fried chicken dan Joe’s Kitchen.