Para pelancong perubatan dan kesihatan dari Indonesia kini mempunyai akses yang lebih luas dalam rawatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia kerana AirAsia berusaha untuk memainkan peranan lebih besar dan aktif dalam sektor ini dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas perubatan.
Selari dengan usaha ini, AirAsia menyambut penerbangan sewa khas perubatan antarabangsa pertama dari Medan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini.
Perkhidmatan penerbangan sewa khas perubatan ini juga akan disediakan dari bandar-bandar lain di Indonesia tidak lama lagi dan akan berkembang sebagai salah satu tawaran perkhidmatan menyeluruh di bawah platform AirAsia.com.
Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com berkata, “Meskipun terdapat sekatan perjalanan dalam situasi yang mencabar ini, AirAsia komited untuk menghubungkan pelancong perubatan dengan keperluan kritikal mereka.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pasukan AirAsia Health kami kerana membantu memudahkan penerbangan sewa khas perubatan ini dari Medan ke Pulau Pinang.
Penerbangan sewa khas perubatan seterusnya dari Indonesia adalah dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada 24 Ogos.
“Ini adalah masa sukar bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menderita penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan khusus. AirAsia bekerjasama rapat dengan institusi perubatan dan pihak berkuasa kerajaan untuk memastikan mereka mempunyai pengalaman perjalanan lancar dari Indonesia ke Malaysia.
Kami akan terus bekerjasama dengan rakan strategik seperti Island Hospital di Pulau Pinang, dan dengan sokongan penuh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), kami akan menyediakan perjalanan yang selamat dan lancar untuk mereka.
“Indonesia menyumbang kepada kedatangan pelancong perubatan dan kesihatan tertinggi ke Malaysia. Melihat kepada situasi ini, AirAsia Health akan melancarkan platform kesihatan menyeluruh dalam talian di AirAsia.com dalam masa terdekat.”
Untuk memohon perkhidmatan penerbangan sewa khas perubatan atau menjadi sebahagian daripada platform AirAsia Health, sila hubungi [email protected].