myTukar memanfaatkan platform penjualan kereta terpakai mereka untuk mendapatkan harga tarbaik buat pelanggan runcit

myTukar, platform jualan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center.

(From left) Gary Gladwin Pereira – Sales Manager of SISMA Auto Sdn. Bhd., and Jeffrey Ong – Head of Sales and Business Development of MyTukar Sdn. Bhd.

Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa dengan lebih mudah. SISMA Auto merupakan pusat kereta terpakai Volvo Selekt yang telah diperiksa pertama di Malaysia. 

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang membeli sebuah kereta terpakai Volvo akan mendapat manfaat kerana boleh menukar kereta mereka di pusat berkenaan menggunakan teknologi sedia ada.

Platform myTukar yang boleh dipercayai memastikan pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui satu proses digital sepenuhnya yang membolehkan pelanggan tidak memerlukan pihak ketiga. 

 Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn. Bhd., Jeffrey Ong berkata, dalam era pasca Covid-19, pendigitalan dalam perniagaan dan memudahkan pengalaman pembelian pelanggan menjadi semakin penting.

Kolaborasi dengan SISMA Auto SELEKT akan menggabungkan fungsi pembelian sebuah kereta baharu atau terpakai Volvo dan menjual kereta sedia ada pelanggan. Ini untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang mudah, selamat, telus dan pantas.

Kami ingin membantu pelanggan SISMA Auto untuk mendapatkan kereta Volvo idaman mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu bersusah-payah menjual kereta sedia ada pada harga jualan semula setinggi yang mungkin. 

“Visi myTukar adalah untuk merancakkan kembali industri automotif Malaysia menerusi platform teknologi. Kami percaya bahawa kerjasama dengan pengedar sah utama seperti SISMA Auto akan dapat menyumbang kepada pembangunan industri auto secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, myTukar juga akan bekerjasama rapat dengan SISMA Auto dalam menjalankan kempen di bilik-bilik pameran dan siri jelajah,” katanya. 

Pengurus Jualan SISMA Auto Sdn Bhd, Gary Gladwin Pereira berkata, “Dengan program pra-pemilikan SELEKT yang pertama di Malaysia, kami komited dalam memastikan pengalaman semua pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo adalah lancar dan premium.

Ini termasuklah memudahkan urusan pelanggan untuk menjual kereta mereka menerusi kerjasama dengan myTukar, sebuah platform jualan yang telus dan boleh dipercayai. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan myTukar dalam menawarkan pelanggan Volvo SELEKT pengalaman pembelian dan perkhidmatan yang berkualiti. 

Maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 603-55698311. Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 603-21665155.

Mengenai Volvo SELEKT Program

Sebagai sebuah pusat kereta terpakai Volvo yang penuh dedikasi di Malaysia, SISMA Auto SELEKT Center akan memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

Kereta terpakai Volvo yang ada di SISMA Auto SELEKT dipilih dengan teliti dan dilulus berdasarkan kepada syarat serta presedur yang sangat ketat. Semua kereta terpakai Volvo di SISMA Auto SELEKT tidak melebihi usia lima tahun dengan perbatuan kurang 100,000km serta mematuhi syarat ketat daripada Volvo Car Malaysia.

Semua kereta Volvo di SISMA Auto SELEKT telah diperiksa rapi dan disediakan dengan 125 poin pemeriksaan, jarak perbatuan yang disahkan dan rekod servis lengkap.

Kereta ini mestilah menggunakan alat ganti tulen Volvo sahaja. Jika perlu, semua perisian kereta terpakai Volvo ini akan dinaik  taraf untuk menawarkan teknologi terkini pada sistem bantuan pemandu dan keselamatannya.

Sebagai tambahan, semua kereta terpakai Volvo yang telah disahkan ini hadir dengan jaminan dan servis selama 12 bulan serta bantuan tepi jalan 24 jam.   

Mengenai MyTukar

MyTukar yang dikuasakan oleh Carro merupakan platform perdagangan kereta terpakai paling cepat berkembang di Malaysia.

Misi Syarikat adalah untuk memudahkan proses penjualan kereta terpakai melalui digitalisasi. myTukar.com mahu menjadi sebuah platform Jual Beli dalam talian yang dipercayai, telus, berkesan dan cekap.

Pemilik kini boleh menjual kereta mereka hanya dalam tiga langkah mudah: Buat temu janji pemeriksaan; Penawaran langsung & penerimaan tawaran dan Terima pembayaran dalam masa 24 jam.

Dengan rangkaian pengedar seramai 1,900 orang di seluruh negara, myTukar.com menawarkan pengalaman yang pantas dan mudah. Sehingga kini, lapan pusat pemeriksaan myTukar yang dibuka 7 hari seminggu berjaya menguruskan transaksi lebih 19,000 kereta bernilai lebih RM700 juta.

Pada Julai lalu, myTukar telah bekerjasama dengan CapBay untuk melancarkan skim pembiayaan bernilai RM300 juta bagi menyokong 1,900 pengedar kenderaan terpakai di Malaysia.