Program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’ telah dilancarkan oleh Fuhla untuk memberikan perkhidmatan konsultasi mengenai penipuan terhadap rakyat Malaysia sebagai sesuatu cara memerangi isu tersebut.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes penipuan telah meningkat. Oleh itu, Fuhla ingin meningkatkan kesedaran masyarakat dengan kaedah-kaedah memahami dan menangani isu-isu yang berkaitan pelbagai jenis penipuan.

“Jumlah rakyat Malaysia yang membuat transaksi internet semakin meningkat, terutamanya dalam tempoh PKP. Oleh itu, kami ingin menyediakan sebuah tempat yang lebih selamat untuk membuat transaksi tersebut,” kata Jazz Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Fuhla.

Fuhla ingin meredakan kebimbangan rakyat Malaysia dengan memberikan panduan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mereka yang menjadi mangsa masalah tersebut yang semakin meningkat dalam negara ini melalui program Fuhla Scam and Fraud Protection.

Jazz Tan berkata, bahawa mereka telah menyedari bahawa banyak rakyat Malaysia apabila ditipu atau menghadapi penipuan, tidak mengetahui cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Oleh itu, Fuhla ingin menjadi sebuah platform bagi mereka yang memerlukan nasihat dan pertolongan dalam perkara ini.

Fuhla memahami bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan. Disebabkan ini, program Fuhla Scam and Fraud Protection tidak terhad kepada para individu sahaja dan dibuka untuk pengguna perniagaan.

Antara liputan untuk individu termasuk kes-kes penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kehilangan data peribadi, penipuan pemasaran pelbagai peringkat dan kehilangan deposit.

Manakala, untuk liputan pengguna perniagaan meliputi penyalahgunaan cap dagang, kehilangan data perniagaan, penipuan pelanggan perniagaan, hal-ewal undang-undang dan kes pemeras ugut.

Fuhla akan terus berusaha untuk mewujudkan komuniti dalam talian yang lebih selamat dan sihat dalam Malaysia.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin mengikuti program ini boleh melayari laman web utama mereka di http://fuhla.com/scam-protection/.