Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) akan mengadakan Misi Ziarah Asnaf (Fakir Miskin ) seluruh Malaysia di Kelantan Darul Naim pada 14 hingga 18 Jun 2020.
Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pihaknya akan membantu menyalurkan sumbangan makanan dan zakat kepada keluarga asnaf di jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pantai Cahaya Bulan (PCB) serta daerah lain sekitar Kelantan.
Beliau berkata, Baitul Hasan ini ditubuhkan pada 3 September 2013 dan aktif membantu golongan asnaf dan memerlukan dengan menganjurkan beberapa program berbentuk pendidikan, sumbangan kewangan dan barangan.
“NGO ini bukan saja menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara, malah juga di luar negara menerusi wakil yang dilantik.
“Kita bawa misi dan matlamat untuk membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kesihatan, barang keperluan harian, motivasi dan kaunseling,” katanya.
Ustaz Dino yang berkongsi pengalamannya berkata, beliau yang juga guru agama pada peringkat awal mengajar al-Quran dan fardu ain kepada anak-anak di Lembah Pantai sebelum mengambil keputusan menubuhkan NGO.
Beliau berkata, meskipun aktif dengan kerja-kerja sebagai NGO, namun beliau masih memperuntukkan masa apabila setiap minggu pihaknya mengadakan kelas pengajian al-Quran dan fardu ain untuk anak asnaf di pejabat Baitul Hasan yang terletak di No 22 – G , Medan Klang Lama 28 , Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Selain itu, pertubuhan ini juga menyediakan kelas tuisyen percuma dan kelas akademik melalui tenaga pengajar yang disediakan kepada pelajar miskin serta golongan asnaf.
“Terima kasih kepada semua pihak dan dermawan yang telah membantu program anjuran kami selama ini. Harapan saya agar lebih ramai masyarakat sekitar sama-sama membantu asnaf supaya mereka lebih berdikari terutama melalui pendidikan,” katanya lagi.
Sesiapa ingin membuat sumbangan dalam bentuk sedekah, zakat , wakaf @ fidyah, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam: 14171010007586 ( Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur).
Maklumat lanjut boleh hubungi:
- 017-3505681 (pejabat Baitul Hasan)
- 017-3535085 (Ustaz Dino)
Sementara itu, Baitul Hasan akan menganjurkan Program Ibadah Korban / Aqiqah Baitul Hasan 2020M /1441H.
Ustaz Dino berkata, kesemua daging korban dan aqiqah akan diagihkan kepada asnaf fakir miskin di Malaysia, Thailand, Kemboja dan Aceh Indonesia.
“Rebutlah peluang terbaik untuk kita membantu golongan asnaf melalui ibadah korban dan pihak kami berpengalaman luas menganjur serta menguruskan ibadah korban dan aqiqah secara sistematik,” katanya.
Mereka yang mahu menyertai ibadah korban dan aqiqah boleh menghantarkan nama peserta dan salurkan wang penyertaan anda secara bank in / online transfer berdasarkan nombor akaun tertera di atas.
Terima kasih atas keprihatinan anda ..semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat ..” Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami “