Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam seluruh Malaysia mungkin agak jauh berbeza kali ini, namun ia tidak menghalang kita untuk terus meraikannya.
Pizza Hut berharap agar perbezaan ini lebih bermakna pengertiannya dan rakyat akan terus mengekalkan silaturrahim meskipun di waktu yang mencabar ini.
“Hari Raya adalah waktu untuk bermaaf-maafan sesama keluarga dan mereka yang tersayang – namun bagi kebanyakan umat Islam, Syawal kali ini bakal dipenuhi dengan kenangan yang berbeza kerana tradisi bersalam-salaman di pagi Raya kali ini agak terbatas.
Tradisi menghulurkan tangan dan bersalam merupakan signifikasi penting bagi umat Islam di Hari Raya, ia adalah cara untuk kita bertanya khabar kepada orang yang kita hargai dalam hidup kita, cara untuk meminta pengampunan dan cara untuk memperbaharui dan
memperkuatkan lagi hubungan sesama kita.
Sesungguhnya, perbuatan salam membawa makna yang besar bagi umat Islam, dan ia juga tertanam dalam budaya masyarakat Malaysia,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
“Walaupun kita mungkin tidak dapat bersalam seperti biasa, kita masih boleh menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada satu sama lain dengan pelbagai cara – kita masih
dapat mengirim salam, atau setidaknya menyampaikan salam itu melalui kiriman pizza,” katanya.
Bagi memeriahkan lagi kempen promosi Sampaikan Salam Syawal ini, Pizza Hut telah menghasilkan video salam terpanjang berjudul ‘Salam Rayaku’ menampilkan gandingan selebriti seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan juga beberapa social media influencer.
Video bersalam ini akan dirakam berasingan dan disunting untuk membentuk sebuah video salam terpanjang. Salam ini, walaupun bersifat virtual, namun ia dimaksudkan untuk
menyampaikan makna salam yang sebenarnya, iaitu untuk memperkuatkan silaturrahim dan ikatan antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, Pizza Hut menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam keseronokan ini dengan memuat naik video aksi bersalam di akaun Ig atau Facebook dengan hashtag #salamrayaku.
Pizza Hut Malaysia akan mengumpulkan kesemua video untuk menghasilkan kompilasi video “salam” terpanjang tersebut.
Meriahkan lagi juadah Raya anda dengan hidangan besar Big Box, Big Box Plus, Double Box, On the Go 4, dan My Box bermula dari RM16.90, dan juga diskaun 50% untuk pizza saiz biasa melalui promo ini.
Kotak Pizza Hut kali ini menampilkan hiasan bertema Raya khas untuk suasana perayaan apabila mereka membeli set Big Box, Big Box Plus dan Regular Double Box.
Promosi Sampaikan Salam Syawal boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada. Sila pilih khidmat No-Touch Delivery dan No-Touch Takeaway di aplikasi Pizza Hut atau laman web untuk menikmati pizza kegemaran anda pada kaedah bebas-sentuhan yang paling selamat.
Pizza Hut juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Islam di Malaysia.