KPJ Sentosa KL Specialist Hospital telah mengagihkan bekalan harian kepada 60 keluarga di kampung orang asli di Sungai Buloh  bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Sumbangan diserahkan kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Sg Buloh bagi mengurangkan kontak dengan penduduk kampung serta memenuhi peraturan penjarakan sosial yang disaran oleh kerajaan.

“Kami sangat berbesar hati dengan bantuan yang  diberikan oleh pihak hospital“, kata Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Buloh.

Beliau berkata, dengan bantuan yang diterima sedikit sebanyak meringankan beban orang kampung dan dapat menampung perbelanjaan sehingga Hari Raya Aidilfiri.

Anjuran ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial hospital kepada golongan orang asli yang terhad untuk mendapatkan sumber keperluan harian sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Antara barang keperluan harian yang disumbang adalah beras, minyak masak, sabun basuh baju dan banyak lagi.

Pihak KPJ Sentosa KL Specialist Hospital berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memeriahkan suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi setiap keluarga disana.