Walaupun tidak digelar ‘Ketua Rumah’, mereka adalah penyuntik semangat kepada anak-anak Malaysia untuk mengharungi waktu yang mencabar ini
Sambutan Hari Ibu mungkin kelihatan sedikit berbeza tahun ini, namun ia bukan alasan untuk tidak menghargai wanita-wanita terpenting dalam hidup kita – walaupun tidak dianggap ‘Ketua Rumah’, jasa mereka dalam membantu rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi waktu sukar ini amat besar.
Oleh itu, Pizza Hut Malaysia melalui kempen produk sempena Hari Ibu telah mengadakan penghantaran piza istimewa ini sebagai penghormatan kepada para ibu yang bukan sahaja gigih menjaga keluarga di rumah, malah turut berkorban nyawa untuk menjaga anak-anak Malaysia.
Piza berbentuk hati yang disertakan dengan kad ucapan khas telah dihantarkan kepada wanita-wanita cekal yang bertugas di barisan hadapan sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.
Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat, pegawai polis, dan penghantar makanan.
Penghantaran istimewa dari Pizza Hut ini bertujuan mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus menghargai perjuangan para Ibu yang telah banyak memberi semangat kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi situasi pandemik ini.
“Dalam musim PKP dimana rakyat diminta untuk duduk dirumah, para ibu menyerlah
sebagai wira sebenar dengan pelbagai tanggungjawab mereka di rumah.
Selain kesibukan menguruskan keluarga berselang pula dengan Work from Home, terdapat juga para ibu yang bertarung nyawa bertugas di barisan hadapan untuk menjaga anak-anak Malaysia.
Ibu-ibu berani ini adalah wirawati sebenar. Kasih sayang mereka adalah penyuntik
semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus cekal mengharungi keadaan ini bersama,” kata Emily Chong, Ketua Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
“Sementara peranan Ketua Rumah itu besar, kita juga harus meraikan para wanita yang bergelar isteri dan ibu ini di atas peranan yang sama penting dimainkan oleh mereka.
“Merekalah permaisuri dan nadi pada setiap keluarga. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain menghadiahkan mereka dengan piza berbentuk hati sempena Hari Ibu ini,”
“Kami berharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus
menghargai golongan ibu. Kami juga berharap pizza istimewa ini akan mengukir senyuman di wajah mereka,” tambahnya.
Pizza Heart boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang di seluruh
Malaysia sehingga 17 May 2020 atau sementara stok masih ada.
Anda boleh menikmati pizza ini dengan harga bermula RM36.50 untuk hidangan a la carte, sementara pilihan hidangan kombo juga disediakan.
Sila pilih khidmat No-Touch Delivery dan No-Touch Takeaway di aplikasi Pizza Hut atau laman web untuk menikmati pizza kegemaran anda pada kaedah bebas-sentuhan yang paling selamat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my