Sepanjang bulan Ramadan, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi
dan Rasul dengan siri Hikmah, SYOKcast (podcast) terbaharu sepanjang Ramadan,
eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.

Hikmah menampilkan keindahan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya dalam menyusuri
ranjau dan duri memperjuangkan dakwah Islam menerusi pengalaman audio.

Siri SYOKcast santai ini bertujuan menjadi ‘teman Ramadan’ kepada masyarakat Muslim
dengan kisah-kisah teladan yang pastinya memberi pengajaran dan menggamit hati.

Selain itu, siri bermanfaat ini dapat menanamkan keazaman untuk sentiasa memperbaiki
diri, meluruskan niat serta menguatkan tekad agar menjadi Muslim yang diberkati di
dunia dan di akhirat.

Hikmah terdiri daripada 10 episod yang akan disediakan dari 24 April 2020. Tarikh-
tarikh episod selanjutnya dinyatakan dalam jadual dibawah.

Ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As’ari, pakar industri
komunikasi dan video, Hikmah juga akan disuarakan oleh personaliti-personaliti AWANI
dan Astro Radio.

‘Puasa Sana Sini’ dan ‘Zon Solat’ di SYOK

Sebagai tambahan pada bulan Ramadan, masyarakat Muslim boleh juga menikmati:
Video ‘Puasa Sana Sini’

Ikuti perjalanan sahabat-sahabat Muslim di Malaysia dan luar negara dalam menjalani
keindahan ibadah berpuasa dalam situasi mencabar seperti wabak COVID-19.

Siri ‘Puasa Sana Sini’ terdiri daripada tiga episod yang menceritakan perjalanan berpuasa
daripada pelajar-pelajar di Malaysia dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara
ketika seluruh negara sedang dilanda ujian.

Episod-episod ‘Puasa Sana Sini’ boleh ditonton setiap Jumaat bermula 1 Mei di aplikasi
dan laman web SYOK.

Zon Solat

Untuk panduan waktu solat dan membantu pengguna mencari arah kiblat, peminat-
peminat SYOK boleh menerokai fungsi ‘Zon Solat’. Fungsi ini dapat diaktifkan dan
dinyahaktifkan dengan mudah di aplikasi SYOK.