Akses percuma dan data tanpa had untuk pelajar luar bandar bagi meneruskan pembelajaran digital di rumah dengan Maxis eKelas

Tekad rakyat untuk duduk selamat di rumah berikutan pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong orang ramai dan syarikat-syarikat di seluruh negara untuk meneruskan kehidupan serta operasi digital mereka dengan terhubung, dari kediaman masing-masing.

Maxis 1GB free data

Demi memastikan talian hayat kesambungan tidak terganggu dan boleh diakses semua
pelanggan, Maxis sekali lagi meneguhkan komitmennya untuk mewujudkan Malaysia yang lebih selamat dan terhubung, dengan memperkukuh sokongan kepada para pekerja, pelanggan, perniagaan, serta wira-wira petugas barisan hadapan.

Selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana
Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac, Maxis menawarkan data mudah alih 1GB percuma setiap hari untuk semua pelanggan pascabayar Maxis, pelanggan pascabayar Maxis Business, pelanggan prabayar Hotlink dan pelanggan pascabayar Hotlink.

Para pelanggan boleh menebus data tersebut mulai 1 April 2020 sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan, untuk digunakan daripada pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

“Rakyat Malaysia telah mengubah gaya hidup dengan ketara sejak permulaan tempoh PKP.
Mereka terpaksa melakukan segala aktiviti di bawah satu bumbung – iaitu di dalam rumah – dan kita sememangnya menyedari betapa pentingnya teknologi dan kesambungan dalam hidup.

“Oleh itu, Maxis ingin meningkatkan sokongan dengan tambahan data 1GB setiap hari untuk semua pelanggan. Kami juga terus memastikan sambungan tidak terganggu dengan mengekalkan keupayaan rangkaian tetap dan mudah alih walaupun terdapat peningkatan trafik, dengan pelaburan yang berterusan serta kakitangan rangkaian yang bersedia di tapak.

“Inilah keutamaan kami terhadap semua pelanggan pada masa yang sukar ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Cara-cara menebus data 1GB percuma setiap hari

Pelanggan-pelanggan boleh menebus pas data tersebut setiap hari daripada aplikasi-aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex atau Hotlink RED, atau melalui UMB:

1. Aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz & Hotlink Flex– Tekan ‘Get More Data’ dan pilih ‘FREE 1GB/ Day Pass’ di bawah Time Based Pass
2. Aplikasi Hotlink RED – Tekan banner di laman utama dan pilih ‘FREE 1GB / Day Pass’.

Anda juga boleh mencari Pas tersebut di tab ‘Shop’. Dengan komitmen 1GB baru, tawaran 3GB satu kali sebelum ini masih boleh ditebus sehingga 2 April.

Pelanggan Maxis juga masih boleh mendapat akses percuma ke laman web terpilih untuk
maklumat penting dan terkini, termasuk panggilan percuma ke Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) dan semua Jabatan Kesihatan Negeri sepanjang tempoh PKP.

Inisiatif-inisiatif terdahulu yang diumumkan pada 23 Mac akan berterusan sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan, dan boleh diakses melalui aplikasi MyMaxis dan Hotlink RED untuk kemudahan pelanggan:

  • Tambah nilai digital yang mudah dengan pulangan tunai sehingga 30%
  • Mata ganjaran Hotlink Rewards yang boleh ditebus untuk Internet percuma
  • Percuma 20GB data dengan pembelian HotlinkMU
  • SOS Top Up untuk setiap pelanggan yang memerlukan

Seperti yang diumumkan terdahulu untuk membantu perniagaan berterusan di rumah dan kekal berhubung, Maxis menawarkan langganan enam bulan percuma untuk Maxis’ Managed Unified Communications melalui Microsoft Teams untuk pakej Teams Phone System dan Teams Calling (berdasarkan pertama-datang-pertama mendapat khidmat).

Maxis juga menawarkan percubaan penggunaan percuma selama dua bulan untuk perkhidmatan konvergen mudah alih tetap melaluiApp Voice Connect.

Memandangkan telekomunikasi adalah satu perkhidmatan penting kepada orang ramai, Maxis telah bekerjasama rapat dengan SKMM dalam memberi bantuan dan sokongan, bagi memastikan pengguna dan perniagaan mempunyai sambungan dan ketersediaan perkhidmatan tanpa gangguan sepanjang tempoh ini.

Pembelajaran tidak berhenti sepanjang PKP

Maxis terus menyokong komuniti dengan program perdana eKelas, dengan membolehkan pelajar-pelajar daripada komuniti luar bandar untuk terus menyambung pembelajaran mereka sepanjang PKP, dengan akses percuma dan penggunaan data tanpa had untuk portal eKelas dari rumah.

Portal eKelas menyediakan kandungan pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Selain itu, pelajar eKelas mempunyai akses khas untuk 14,000 eBook dan buku audio Perpustakaan Negara.

eKelas juga meningkatkan sesi pembelajaran digital dalam portal, di mana para pelajar dapat berinteraksi dengan Pengurus Komuniti, Abang Portal, untuk pembelajaran berpandu setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Para pelajar akan diberikan tugasan untuk menyelesaikan modul pembelajaran harian untuk sesi perbincangan dan soalan. Sementara itu, sesi tutorial langsung yang memberi tumpuan pada topik peperiksaan akan berlangsung pada 3-4 April dan 17-18 April untuk pembelajaran interaktif dengan guru-guru yang berpengalaman.

Secara keseluruhannya, setiap tindakan atau tugas yang disiapkan oleh pelajar-pelajar eKelas di dalam portal akan diberi mata ganjaran untuk dipilih menyertai aktiviti pengalaman seperti bengkel persediaan peperiksaan atau bengkel pembelajaran yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Maxis, para pelanggan boleh melawat laman web www.maxis.com.my/stayhomestayconnected, www.hotlink.com.my atau menelefon 123 melalui telefon bimbit atau 1 800 82 1123 melalui talian tetap.