Pemilik Iriz membawa pulang sebuah Proton Saga selepas menghantar kereta di Pusat Servis yang diiktiraf

Dengan menghantar Proton Iriz miliknya ke Pusat Servis Kecemerlangan Proton di
Subang Jaya bagi melakukan penyenggaraan berjadual, Azrul Firdaus Ramli, seorang jurutera jaminan kualiti berusia 30 tahun dari Bukit Jalil, memastikan kereta beliau telah diservis dan diperiksa dengan baik oleh pasukan juruteknik Proton.

Hari ini, beliau telah menerima sesuatu yang istimewa apabila namanya diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan Servis & Menang Proton dan membawa pulang sebuah Proton Saga Premium AT baharu.

Dengan tujuan untuk memberi ganjaran kepada pemilik kereta Proton yang menghantar kereta mereka untuk diservis secara tetap dan bagi mengetengahkan lagi pusat-pusat servis  yang diiktiraf, Peraduan Servis & Menang ini mendapat kerjasama daripada Petronas dan telah berlangsung dari 15 Ogos hingga 15 November tahun lalu.

Lebih daripada 125,000 pelanggan telah menghantar kereta mereka dalam tempoh peraduan tersebut dan peserta yang layak dikehendaki memuat naik gambar kereta mereka di Facebook dan disertakan dengan keterangan gambar yang kreatif.

Azrul Firdaus (middle) with PROTON management

Kemudian, pengurusan akan memilih pemenang berdasarkan kreativiti mereka.
Khidmat selepas jualan menjadi landasan untuk menghargai pelanggan

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Proton bekerja keras mencari rakan kongsi untuk menambah jumlah pusat 3S/4S dalam rangkaiannya.

Hari ini, syarikat mempunyai sebanyak 121 cawangan, iaitu jumlah yang dijangka akan meningkat dengan sasaran sebanyak 150 cawangan menjelang akhir tahun ini.