Ketiga-tiga syarikat meneroka keupayaan sumber masing-masing untuk melaksanakan rangkaian gentian yang lebih luas dan efisyen

Celcom, Digi, dan Maxis telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk meneroka pembangunan bersama bagi infrastruktur gentian dalam melaksanakan ‘backhaul’ gentian dan pelaksanaan gentian ke stesen pengkalan di negara ini.

Ia akan menambah baik hubungan 4G di seluruh negara dan selari dengan sasaran NFCP oleh kerajaan.

MoU tersebut memperlihatkan tiga syarikat telekomunikasi tersebut bergabung kepakaran dalam mereka bentuk, membangun, mengagih, mengendali dan menyelenggara infrastruktur gentian mereka di seluruh negara.

Ia juga menilai cara-cara terbaik untuk syarikat-syarikat telekomunikasi akan
mengoptimumkan penggunaan infrastruktur gentian sedia ada, dan menetapkan pertukaran dan binaan yang serupa pada masa kini.

MoU tersebut juga adalah langkah yang penting ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk pelaksanaan 5G. Untuk memastikan apa yang bakal ditawarkan oleh 5G dapat dicapai, infrastruktur gentian yang padat dan lebih utuh diperlukan bagi mencapai petunjuk prestasi utama 5G, iaitu; kependaman rendah, kelajuan data yang tinggi, kebolehpercayaan ultra-tinggi, dan kapasiti dalam menguruskan lebih banyak peranti yang
terhubung.

Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom, Idham Nawawi berkata, pihaknya percaya bahawa kolaborasi adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan dalam membina ekosistem yang lebih mampan.

Oleh itu, kami amat mengalu-alukan inisiatif ini untuk meneroka sumber kolektif aset yang berpotensi membawa kepada gabungan bersama yang lebih kukuh bagi perkhidmatan
kami.

MoU ini juga akan meneroka langkah terbaik dalam melaksanakan penambahbaikan rangkaian yang lebih efisyen kosnya, mengelakkan sebarang duplikasi dalam pembinaan infrastruktur, seterusnya memperluas landskap kesalinghubungan negara, dan memberi faedah kepada rakyat dengan menikmati produk dan perkhidmatan yang paling tinggi nilainya.”

Ketua Pegawai Eksekutif, Digi Albern Murty berkata, pihaknya sentiasa melihat usahasama sebagai cara ke hadapan yang positif bagi menyediakan kesalinghubungan yang mampu dinikmati dan meluas bagi rakyat Malaysia; dan ada antara inisiatif perkongsian ini telah berjalan hampir sedekad lamanya.

Albern Murty, Chief Executive Officer of Digi.Com Berhad

MoU ini adalah lanjutan daripada kejayaan kerjasama yang terjalin dengan Celcom bagi pelaksanaan gentian, dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kedua-dua pihak bagi memastikan penyediaan pengalaman pelanggan yang lebih baik di seluruh negara.”

Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Gokhan Ogut, berkata, ini merupakan langkah ke hadapan yang amat positif dalam menyediakan akses yang menyeluruh ke pekan-pekan dan bandar-bandar di negara ini, serta satu lagi contoh perkongsian pintar dalam mencapai
cita-cita dan sasaran NFCP oleh kerajaan.

Gokhan Ogut, Chief Executive Officer of Maxis Berhad

“Kami berbesar hati untuk bekerjsama bagi meneroka apa yang kami mampu sediakan bersama dari segi sumber dan kemahiran, yang mana ia akan dapat memberikan
faedah kepada kesemua pengguna dan perniagaan di Malaysia,” katanya.