Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang diumumkan baru-baru ini memperlihatkan konsistensi dalam dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.

Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang
merupakan tulang belakang industri automotif negara.

Sepanjang dekad yang lalu, Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5
bilion daripada pembekal tempatan – dengan RM5.4 bilion pada tahun lepas sahaja
– dan tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan hampir RM6 bilion untuk membeli
komponen automotif tempatan.

Pembelian sejumlah ini mengekalkan dan memperkasakan ekosistem ​​automotif
Malaysia, sekaligus menyumbang kepada ekonomi, pekerjaan dan pembangunan
negara.

Turut konsisten adalah komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan
Cekap Tenaga (EEV) yang telah menerima pelaburan daripada banyak pemain
industri.

Perodua merupakan pengeluar EEV pertama dan terbesar di Malaysia. Setakat ini,
kami telah menghasilkan dan menjual lebih 800,000 EEV.

Mengenai Industri 4.0, Perodua amat menyokong penggabungan teknologi,
khususnya penggabungan teknologi komunikasi dengan automotif. Kami telahpun
membuka langkah di dalam bidang ini untuk produk-produk kami,” kata President dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Mengenai teknologi autonomi, Perodua, dengan bimbingan rakan teknikal dan
teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan, telahpun membuka langkah
dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan yang paling penting, kami
telah menjadikannya mampu dimiliki orang ramai.

Teknologi ini akan ditambahbaik sejajar dengan matlamat kami untuk memberikan
mobiliti kepada rakyat Malaysia yang lebih selamat dan menawarkan nilai yang lebih
baik.