Zinger kini mengganas! Ini adalah masa yang amat dinanti-nantikan oleh semua penggemar Zinger seluruh Malaysia kerana KFC bakal menghidangkan sesuatu yang besar.

Memperkenalkan, Zinger Stacker terbaharu dan ketibaan semula Zinger Cheezilla, yang amat ditunggu-tunggu – dua ciptaan gergasi bersama kenikmatan Zinger berganda yang pasti memenuhi selera besar anda.

KFC Zinger merupakan sebuah ciptaan burger ayam yang terkenal dan unggul, diperbuat
daripada 100 peratus daging ayam. Disalut sempurna dengan adunan rempah ratus Hot &
Spicy, filet ayam ini dihidang empuk bersama kerangupan yang memberi kepuasan dalam
setiap gigitan.

Kini, kepuasan itu dipertingkat dengan kehadiran Zinger Stacker baharu dan Zinger Cheezilla.

Zinger Stacker memberikan kelazatan daging ayam berganda, khas bagi peminat tegar KFC Zinger. Ianya menampilkan dua ketul filet Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai, dilimpahi sos keju Jalapeno dan Mayo, kepingan keju cheddar yang disusun bersama salad segar lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.

Menjadikannya sebuah burger yang padat. Untuk mereka yang tidak sempat menikmati kelazatan Zinger Cheezilla yang pernah diperkenalkan dua tahun lalu, produk ini menampilkan kombinasi luar biasa filet Zinger Hot & Spicy yang disusun bersama kepingan keju mozarela yang digoreng sempurna.

Tekstur dan tarikan keju berserta kelazatan filet Zinger ini memberi keunikan kepada hidangan asal, menjadikan Cheezilla antara ciptaan Zinger yang digemari ramai.

“Kami amat teliti di dalam menghasilkan hidangan ayam goreng yang terbaik. Minat ini turut diterjemahkan ke dalam hidangan burger ayam kami menerusi KFC Zinger. Kesemua
hidangan ayam dan burger KFC dimasak dan disediakan segar setiap hari, bagi menghasilkan kualiti yang tiada tandingan,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

“Zinger Stacker dan Zinger Cheezilla adalah produk ikonik yang dicipta khas untuk semua
pelanggan yang menginginkan hidangan burger yang lebih padat dan berkualiti. Peminat
Zinger boleh menikmati kepuasan yang berganda dengan Zinger Stacker; sementara
penggemar keju boleh menikmati keenakan Zinger Cheezilla sekali lagi, yang telah menjadi
kegilaan ramai ketika dilancarkan dua tahun lalu.” katanya.

Jadi jangan ketinggalan! Nikmati Zinger Cheezilla dan Zinger Stacker hari ini. Kedua- dua
hidangan ini boleh didapati dalam bentuk hidangan a la carte, atau kombo bersama KFC
Crispier Fries dan juga minuman, atau Box Meal dengan seketul ayam goreng Original atau
Hot & Spicy.

Jadi singgah ke restoran KFC berhampiran anda hari ini, atau pilih kemudahan
‘self-collect’, mahupun khidmat penghantaran dengan memesan menerusi aplikasi KFC atau KFC.com.my!