Pelan pascabayar pertama yang menawarkan Ganjaran Tunai dengan menukar kuota Internet yang tidak digunakan

Celcom Axiata Berhad (Celcom), melancarkan pelan pascabayar inovatif terbaru, iaitu “MEGA ™”. Ia merupakan pelan pascabayar pertama di Malaysia yang menawarkan pengguna fleksibiliti untuk memilih pengalaman Internet mereka berdasarkan pilihan penggunaan data, sama ada akses kepada kuota Internet tanpa had atau kelajuan Internet terpantas, melalui rangkaian terluas negara.

Permintaan untuk memiliki lebih banyak kuota internet meningkat saban tahun kerana pelbagai pilihan kandungan tersedia di Internet. Dua kehendak pengguna yang terus meningkat ketika melayari internet dan menikmati kandungan digital, adalah sama ada “Internet tanpa had” atau “kelajuan pantas Internet’.

Oleh itu, pelan pascabayar Celcom MEGA ™ yang baru telah diinovasikan dengan fleksibiliti dan kebebasan untuk pengguna memilih pengalaman Internet yang diidamkan, bersama-sama dengan ciri-ciri inovatif tambahan yang lebih daripada sekadar tawaran data.

Salah satu ciri inovatif MEGA ™ adalah membolehkan pengguna untuk menukar kuota  Internet mereka yang tidak digunakan kepada ganjaran tunai pada setiap pengakhiran kitaran bil dan memberikan lebih nilai kepada pembelian mereka.

Penawaran inovatif seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia di mana ia membenarkan kuota Internet yang tidak digunakan ditukar kepada ganjaran tunai di e-dompet Boost, dengan 10GB data bersamaan RM5.

Pelan pascabayar Celcom MEGA ™ ditawarkan dengan kuota Internet 30GB pada RM80
sebulan dengan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian. Oleh itu, pengguna memiliki kebebasan untuk memilih add-ons, sama ada Internet Mudah Alih Tanpa Had atau menu “ala carte; Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi

Dengan Internet Mudah Alih Tanpa Had yang bermula dengan hanya tambahan RM18 sebulan, pengguna yang menginginkan akses internet tanpa sebarang kebimbangan, konsisten dan dengan kependaman rendah secara berterusan, kini boleh menikmati kuota internet tanpa had yang direka khusus untuk pengalaman penstriman yang lebih baik, serta akses penuh kepada permainan dalam talian dan mencipta kandungan berdefinisi tinggi tanpa terhad, serta penstriman muzik berkualiti tinggi.

Selain daripada Internet Mudah Alih Tanpa Had, juga pada caj tambahan RM18 sebulan,
pengguna boleh memilih Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi dengan jumlah kuota Internet yang sangat banyak bersama akses internet berkelajuan tinggi.

Pelan ini sesuai untuk pengguna yang menginginkan hubungan yang pantas dan kuota Internet yang besar. Ciri utama Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi ialah kuota Internet yang tidak digunakan boleh ditukar dengan ganjaran tunai melalui e-dompet Boost serta Perayauan PERCUMA di 12 negara, dengan pelan tertinggi pada RM188.