TM Research & Development (TM R&D), cabang inovasi dan anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM) komited kepada pembinaan negara dengan mempertingkatkan keupayaan bakat R&D dan inovasi ke arah mewujudkan ekosistem digital yang mantap bagi menyokong ekonomi digital.

Pasukan pengkaji dalamannya telah memenangi pelbagai Anugerah R&D dan inovasi berprestij bagi rekaan-rekaan mereka dalam bidang ini.

TM 5G Standalone Network in Langkawi

TM R&D juga telah banyak menyumbang kepada badan-badan pentauliahan global dengan sembilan (9) kertas kerjanya telah digunapakai sebagai standard global dalam sambungan fiber dan 5G.

Dr Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D berkata, “Sejak tahun 2016, kami telah memberikan sumbangan penting kepada badan-badan piawaian antarabangsa. Kami telah menjadi wakil tunggal di rantau ini yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain dan pembekal antarabangsa untuk bersama-sama menyumbang kepada inisiatif piawaian 5G.

Sembilan (9) kertas cadangan kami telah diterima sebagai standard antarabangsa merangkumi sambungan fiber dan 5G. Untuk pelaksanaan 5G di negara ini, tugas kami ditumpukan kepada antaranya, Rangkaian Kendalian Kendiri dalam Radio Baharu, Pengumpulan dan Penggunaan Data Raya bertumpukan-RAN, Penjimatan Tenaga UE dan Mekanisma Sedar dalam Radio Baharu (NR), penyepaduan NR/bukan-3GPP, salinghubung rangkaian dan penghimpunan.”

Ketika dunia bergerak ke era 5G, teknologi generasi-masa hadapan yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih efisien, TM turut bergerak seiring apabila syarikat baru-baru ini melancarkan rangkaian 5G Kendiri (SA) khusus pertama di rantau ini di Langkawi.

Dr Sharlene

Syarikat juga telah manjadi yang pertama di dunia berjaya melakukan ujian mod rangkaian 5G SA khusus ke atas band-C dan 700 MHz, secara serentak pada rangkaian teras 5G bersepadu.

SA merupakan keadaan sewajarnya untuk seni bina rangkaian 5G yang membawakan keupayaan baharu seperti kelengahan (latency) ultra rendah yang membenarkan isyarat data dihantar dan diterima dalam sekelip mata.

Dengan keupayaan berevolusi ini, produk dan penyelesaian yang lebih inovatif hanya menunggu masa untuk dicipta bagi memberi khidmat kepada gaya hidup dan masyarakat digital.

Selain itu, 5G mempunyai kapasiti untuk menampung lebih banyak peranti, termasuklah jutaan sensor peranti Segalanya Internet (IoT) dalam rangkaian yang sebelum ini tidak dapat dikendalikan menerusi 4G.

5G bakal menjadi pengupaya teknologi kepada IoT, menerajui pelbagai penyelesaian pintar
transformatif antaranya Sistem Pengurusan Air Pintar (SWIMS) dan Penyelesaian Kenderaan Terhubung Pintar (CONVES), dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga kerja dalaman di TM R&D.

Dengan kebolehan-kebolehan baharu 5G ini, automasi masa nyata dan pemprosesan bakal menjadi kenyataan ke arah peningkatan produktiviti. Teknologi ini akan menyediakan pemacu baharu kepada ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).