Kes penggunaan 5G reality maya Maxis eKelas berpotensi menjadi pemangkin dalam memajukan pendidikan di Malaysia

Memaparkan potensi 5G dalam pendidikan, Maxis mempamerkan kes penggunaan 5G, pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains dalam program eKelas kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pusat Internet IOCC.

Pengalaman pembelajaran VR oleh Maxis adalah satu-satunya kes penggunaan 5G dalam bidang pendidikan di bawah Projek Demonstrasi 5G di Langkawi.

Dikuasakan oleh 5G, pembelajaran VR merupakan kes penggunaan yang menarik. Kurikulum pembelajaran diserlahkan dengan mengupayakan para pelajar meneroka bahagian-bahagian sel manusia atau haiwan menggunakan tangan mereka, dengan bimbingan guru dari jarak jauh.

Pelajar dilengkapi dengan alat dengar VR yang lengkap dengan antara muka mesra pelajar yang unik, kawalan isyarat, sumber pendidikan termuat turun dan kawalan guru yang mudah digunakan.

Pengalaman realiti maya memberi pelajar keupayaan untuk melihat pelbagai elemen dalam topik, dari yang mudah dan juga kompleks. Memandangkan unsur-unsur pembelajaran VR yang immersive, pelajar dapat belajar berdasarkan pengalaman yang membantu mereka dari segi pemahaman dan ingatan terhadap topik yang dipelajari.

“Kami percaya bahawa 5G mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Kami sangat gembira dengan prospek untuk meneroka peluang bagi pelajar di Malaysia melalui program eKelas kami.

“Kami mahu memainkan peranan penting dalam menghubungkan lebih banyak sekolah dengan kandungan pembelajaran digital kami melalui portal Maxis eKelas kami yang
mantap.

“Terangkuman digital adalah penting dan Maxis mahu mengambil bahagian dalam
memastikan manfaat teknologi direalisasikan oleh semua,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Selain kes penggunaan eKelas VR, Maxis mempunyai dua lagi kes penggunaan 5G di Langkawi – Fixed Wireless Access (FWA) yang mempamerkan kelajuan 5G dan sambungan ke kawasan tanpa jalur lebar berkelajuan tinggi yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), dan Pertanian Pintar, dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membolehkan pertanian ketepatan oleh Maxis NB-IoT untuk tanaman anggur.

Maxis eKelas menerajui pembelajaran digital adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah disediakan bagi pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Memberi tumpuan pada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar terdedah kepada pembelajaran pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran kelompok, pertandingan dan kandungan digital.

Maxis eKelas kini disampaikan di 72 Pusat Internet yang terletak di 10 negeri di Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai lebih daripada 17,000 pelajar pada tahun 2020. Program ini dilaksanakan dengan perkongsian Maxis bersama MCMC, di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman.