Perkhidmatan empat kali seminggu menghubungkan Kuala Lumpur dan Okinawa melalui Taipei

Penerbangan sulung AirAsia D7 384 mendarat di Lapangan Tebang Naha, Okinawa, Jepun tengah hari ini, menandakan permulaan perjalan tambang rendah yang menghubungkan pulau percutian itu dengan Timur Asia dan Asia Tenggara yang menyediakan lebih dari 150,000 kapasiti tempat duduk penumpang setahun.

(L-R): Board of Director AirAsia X Malaysia Dato’ Fam Ee Lee; CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail; Governor of Okinawa Prefecture, Denny Tamaki; Chairman AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz; Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture, Malaysia The Honourable, Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Secretary General, Okinawa Convention & Visitors Bureau, Norihiro Mejima flanked by Cabin Crew

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia X Dato’ Fam Lee Ee dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail yang turut berada dalam penerbangan sulung ini disambut oleh Gabenor Daerah Okinawa Denny Tamaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Naha.

Tan Sri Rafidah Aziz berkata, “Dengan tambahan destinasi baharu Okinawa bermula hari ini,  AirAsia X kini terbang ke 35 destinasi; dan bersama dengan kumpulan AirAsia dengan jumlah pesawat lebih dari 250 pesawat, Okinawa kini boleh dihubungkan dengan lebih dari 150 destinasi di rantau Asean, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.”

“Jumlah pesawat AirAsia yang besar dan jaringan terluas dan kebolehanberoperasi secara optimum dengan kos rendah adalah sebab utama kami boleh menawarkan tambang nilai berbaloi bagi para tetamu kami. Dengan laluan baharu ini, kami mengalu-alukan lebih ramai pelancong untuk menyertai lebih dari 600 juta tetamu yang telah terbang bersama kami setakat ini.

Tahun ini juga adalah Tahun Melawat Malaysia 2020, dan pelbagai acara dan aktiviti bakal dianjurkan bagi menarik pelancong asing dan bagi mengetengahkan tarikan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan semestinya peluang dan potensi menjalankan bisnes bersama Malaysia bagi pasaran domestik, serantau dan antarabangsa.

“Dengan mulanya penghantaran pesawat berteknologi tinggi Airbus A330neo tahun ini, kumpulan syarikat penerbangan kami akan terus mengkaji dan melancarkan laluan menarik ke destinasi di Timur Eropah, dalam Asia dan Australia. Laluan-laluan baharu yang berdaya maju ini akan memperkukuhkan pertumbuhan pelancongan domestik dan rantau ini,  terutama di pasaran utama yang mempunyai permintaan yang tinggi,” tambah Tan Sri Rafidah.

Para tetamu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha tidak perlu mendapatkan visa bagi hentian satu jam di Taipei dan boleh kembali ke tempat duduk mereka selepas melepasi semakan sekuriti bagi bagasi dan barangan dalam pesawat mereka.

Bagi menyambut kejayaan penerbangan sulung ke Okinawa ini,  AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha bermula dari RM399* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah yang tersedia untuk tempahan di airasia.com dari sekarang hingga 26 Januari 2020 bagi perjalanan segera hingga 23 Oktober 2020.

Daftar sebagai ahli AirAsia BIG hari ini bagi menikmati potongan khas buat ahli sahaja.

AirAsia juga berkolaberasi dengan Berjaya Hotels & Resorts dalam kerjasama pemasaran bagi mempromosi  perjalanan ke Okinawa berikutan dengan pelancaran penginapan baharu di Okinawa oleh kumpulan hotel tersebut ANSA Okinawa Resort, penginapan dengan 123 bilik yang terletak di tanah tinggi di bandar Urama dengan pemandangan panaromik Laut Cina Selatan dan Lautan Pasifik.

Para tetamu boleh menikmati potongan eksklusif sebanyak 50% bagi kesemua tempahan bilik di ANSA Okinawa Resort dengan menggunakan kod promosi AAXBHR di www.ansahotels.com/okinawa, promosi sah sehingga 22 Februari 2020 bagi tarikh daftar masuk antara 22 Januari 2020 dan 30 Jun 2020.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula dari RM404 untuk perjalanan sehala termasuk cukai. Tertakluk terma dan syarat.

oka bm.PNG