Peruncit barangan sukan terbesar di Malaysia, aL-ikhsaN Sports Sdn Bhd memperkenalkan koleksi eksklusif kasut Skechers pada harga dibawah RM199 di semua cawangannya.

aL-ikhsaN yang sedia terkenal sebagai pengedar barangan sukan pada harga mampu milik dengan produk sukan berkualiti, koleksi eksklusif Skechers ini ditawarkan pada harga mampu milik agar seluruh rakyat Malaysia mampu memiliki sepasang kasut itu bagi menjalani gaya kehidupan yang sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif aL-ikhsaN Sports, Vach Pillutla berkata, sebagai peruncit nombor satu di Malaysia dengan lebih 15 juta peminat sukan, sudah menjadi tanggungjawab syarikat menjadikan barangan sukan mampu milik kepada semua.

“Inisiatif untuk membawa masuk koleksi eksklusif dibawah harga RM199 adalah selari dengan hasrat kami menerusi kerjasama dengan jenama global utama untuk menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran koleksi kasut Skechers di cawangan aL-ikhsaN The Curve, Damansara, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, aL-ikhsaN dan Skechers memperkenalkan koleksi Januari yang menawarkan dua variasi kasut sukan untuk lelaki dan wanita dengan tujuh variasi untuk wanita pada harga RM199 ke bawah.

Secara keseluruhan, sebanyak 28 pelbagai jenis gaya kasut dan warna ditawarkan dalam koleksi terbaru Skechers ini.

Sementara itu, Naib Presiden Skechers Asia Tenggara, Zann Lee berkata, kerjasama dengan aL-ikhsaN bermula pada Mei 2018 menerusi 20 cawangan dan meningkat kepada 60 pada akhir tahun lalu.

Beliau berkata, pada tahun lalu, syarikat mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 350 peratus menerusi kerjasama dengan aL-ikhsaN Sports dengan jualan lebih 30,000 pasang kasut.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan jumlah cawangan jualan kasut ini kepada lebih 100 pintu pada tahun ini dan kesemua koleksi eksklusif Skechers boleh didapati di seluruh cawangan aL-ikhsaN Sports di Semenanjung Malaysia.