BMW Malaysia, pengeluar kenderaan premium membuka tirai tahun 2020 dengan dua jentera baharu dalam portfolio barisan kenderaannya yang dipasang di dalam negara.
BMW Malaysia telah merungkaikan BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport yang terbaharu.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, pada tahun 2019, lebih 2,500 unit model BMW 3 Series berjaya diserahkan. Kejayaan ini terus memperkasakan kedudukan kami sebagai peneraju segmen sedan sport premium di Malaysia.
Model-model BMW X tersebut juga telah mencatat rekod penyerahan tertinggi di peringkat domestik pada tahun lalu, melakar lebih daripada 43% kenderaan dalam portfolio BMW yang diserahkan pada tahun 2019.
“Dengan catatan yang memberangsangkan ini, kami yakin bahawa tahun 2020 akan mempersembahkan lebih banyak peluang bagi model-model jentera kami yang terulung dalam kelas kenderaan seumpamanya untuk berkembang bersama industri automotif tanah air,” katanya.
BMW X1 sDrive20i M Sport Terbaharu
BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu kini memancarkan pesona yang lebih menyerlah di atas jalan raya. Komponen gril ‘kidney’ dengan dua bahagian berkembar kini disatukan di tengah.
Bampar hadapan yang diperbaharui dengan lampu kabus LED berintegrasi serta salur masuk udara yang lebih besar juga memberikan jentera SAV baharu ini sebuah penampilan yang lebih dinamik. Komponen tiub dalam lampu hadapan LED berbentuk heksagon, menonjolkan lagi perwatakan moden BMW X1 sDrive20i M Sport.
“Lights Package” juga merangkumi “Welcome Light Carpet”. Apabila pintu kenderaan ini dibuka, sumber cahaya LED di cermin luar yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu akan memancarkan karakter “X1” ke atas lantai dalam dua tona warna.
Lampu belakang LED jentera ini juga menampilkan reka bentuk baharu, dengan bar LED tunggal menyerlahkan corak bentuk L dari sisi ke sisi.
Jarak kelegaan tanah diturunkan sebanyak sepuluh milimeter (kini 1,588 mm) menerusi
Suspensi M Sport. Trim “BMW Individual High-gloss Shadow Line” dan Pakej Aerodinamik M menambah efisiensi dan kelasakan SAV ini. Ia turut diserlahkan melalui paip ekzos kanan dan kiri, yang kini bersaiz lebih besar daripada ukuran 70 milimeter kepada 90 milimeter.
SAV terbaharu ini juga menampilkan set roda aloi ringan M 18 inci dengan Penggayaan ‘Double-spoke’ 570 M Dwiwarna.
Penguasaan BMW X1 sDrive20i M Sport ialah melalui enjin petrol empat silinder 2.0 liter, digandingkan dengan transmisi Steptronic Sport Dwi-Klac 7 Kelajuan. Jentera ini mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah 224 km/j.
Output maksimumnya bersamaan dengan 192 kk (kuasa kuda) pada paras 5,000 – 6,000 rpm, dan puncak torknya ialah 280 Nm pada paras 1,350 – 4,600 rpm. BMW X1 sDrive20i M Sport mampu memecut dari kelajuan 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.
SAV baharu ini menggunakan bahan api gabungan berjumlah 6.5 liter bagi setiap 100 km, dan emisi karbon gabungan berjumlah 149 g/km.
Di dalam, BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu mengenakan kemasan trim interior yang menawan dalam warna Aluminium, diperhalusi dengan sorotan kemasan trim dalam Krom Mutiara.
Elemen sentral infotainment jentera ini ialah skrin sentuh 8.8” sistem navigasi yang terletak di tengah papan pemuka (dashboard). Ia boleh digunakan untuk mengawal fungsi-fungsi hiburan dan navigasi, dengan kawalan suara serta Pengawal iDrive (iDrive Controller) di konsol sentral yang disediakan sebagai kaedah input alternatif.
Perkhidmatan BMW ConnectedDrive juga hadir bersama SAV alaf baharu ini. Kluster instrumen dengan teknologi panel hitam serta lingkaran krom yang mengelilingi paparan meter laju dan kaunter ligat (rev) menawarkan visual yang menawan di sebalik perwatakan sporty jentera ini.
Di samping itu, kompartmen bagasi BMW X1 sDrive20i M Sport kekal sebagai muatan
yang terbesar dalam segmen premium, dengan kapasiti maksimum berjumlah 1,550
liter.
BMW X1 sDrive20i M Sport terbaharu ditawarkan menerusi empat warna yang anggun,
Biru (Misano Blue), Hitam (Black Sapphire), Putih (Alpine White) dan Kelabu (Mineral
Grey), yang digandingkan dengan upholsteri premium “Black Leather Dakota”. BMW X1
sDrive20i M Sport terbaharu akan disediakan di ruang pameran sehenti serta di semua
wakil pengedar BMW bertauliah di seluruh negara mulai 13 Januari 2020.
BMW 320i Sport Terbaharu.
Varian terbaharu yang paling dinanti-nantikan dalam portfolio BMW 3 Series, BMW 320i
Sport membawakan ekspresi menonjol yang melambangkan sedan sport terlaris di
dunia, ia hadir bersama lampu kabus LED dan (Air Curtains) yang diintegrasikan
dengan salur masuk udara luar, serta dimuatkan ke dalam komponen apron hadapan
dengan penggayaan horizontal berbentuk T.
Reka bentuk ini asalnya dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Aeronautik Kebangsaan (NACA) bagi komponen salur masuk udara dalam enjin jet, lalu ia menjadi sebahagian daripada kereta lumba klasik.
Varian ini dilengkapi dengan set roda aloi ringan 18 inci dalam Penggayaan V-Spoke 780 Dwiwarna. Para pemilik boleh mengharapkan sebuah jentera yang lebih ringan dan tegar kerana jumlah beratnya telah dikurangkan lagi sebanyak 30 kg (berat tanpa muatan berjumlah 1,460 kg) lanjutan daripada penggunaan rangka jentera yang serba ringan.
BMW 320i Sport didatangkan dengan enjin petrol TwinPower Turbo 2.0 liter, dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan. Sedan sport ini mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, dengan output maksimum berjumlah 184 kk pada paras 5,000 – 6,500 rpm dan puncak tork berjumlah 300 Nm pada paras 1,350 – 4,000 rpm.
Daya pecutan dari kelajuan 0-100 km/j jentera ini dalam masa 7.1 saat sahaja. BMW 320i Sport terbaharu hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.3 liter bagi setiap 100 km, dan mennjana emisi CO 2 berjumlah 144 g/km.
Ruang kabin jentera ini hadir dengan penyaman udara automatik tiga zon, kemasan trim
interior dalam Aluminium ‘Mesheffect’, lengkap dengan Stereng sport berkulit eksklusif
yang menyumbang kepada kualiti pemanduan yang mengujakan.
Sedan sport premium ini turut dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Plus – iaitu sebuah
kluster instrumen analog dengan paparan bersaiz 5.7 inci berserta paparan kawalan
sesentuh 8.8 inci.
Julung kali dalam segmennya, BMW 320i Sport terbaharu didatangkan dengan inovasi
dan kefungsian yang tercanggih seperti Bantuan Mengundur (Reversing Assistant), ia
menawarkan kemudahan pemanduan separa-autonomi ketika mengundur di laluan
yang sempit, berserta Kamera Pandang Belakang yang kini dilengkapi sebagai standard.
Ciri-ciri kefungsian ini dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 6 yang juga menguasakan Kunci Digital BMW (BMW Digital Key) bagi mewujudkan tahap sekuriti dan pengurusan yang bertaraf tinggi.
Kunci Digital BMW menggunakan teknologi Komunikasi Medan Berhampiran (NFC) yang membolehkan BMW 320i Sport terbaharu mengunci dan menyahkunci serta menghidupkan enjin menerusi telefon bimbit yang bersesuaian, ia tidak memerlukan kunci fizikal dan merupakan satu lagi teknologi bertaraf tinggi yang pertama kali diperkenalkan dalam industri automotif premium Malaysia.
Turut memperkayakan pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan, BMW ConnectedDrive melengkapi pemilik dengan Panggilan Kecemasan Pintar dan Teleservices yang bertindak balas secara automatik jika berlaku kemalangan, lalu mendapatkan bantuan dengan segera bagi pihak pemandu serta penumpang.
BMW 320i Sport ditawarkan menerusi lima warna, Biru (Mediterranean Blue), Hitam (Black Sapphire), Putih (Alpine White), Kelabu (Mineral Grey) dan Jingga (Sunset Orange), dipadankan dengan upholsteri premium “Black Leather Vernasca”.
BMW 320i Sport terbaharu akan disediakan di ruang pameran sehenti serta di semua wakil
pengedar BMW bertauliah seluruh negara mulai 10 Januari 2020.
Pemilik jentera BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
- Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport yang terbaharu ialah:
BMW X1 sDrive20i M Sport Terbaharu RM233,800.00
BMW 320i Sport Terbaharu RM243,800.00