F&N tawarkan kemudahan, capaian dan nilai lebih tinggi menerusi laman web dan aplikasi mudah alihnya sendiri di Malaysia.

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah memperkukuh kedudukannya dalam dunia e-dagang dengan pelancaran gedung induk dalam talian F&N Life yang menawarkan tahap kemudahan, capaian dan nilai lebih tinggi kepada pengguna Malaysia.

Pelancaran tapak e-dagang sulung F&N akan menyediakan platform yang memudahkan lagi pengguna memesan produk F&N secara pukal dan pada harga berpatutan, yang dihantar terus ke rumah mereka, terutamanya pada musim perayaan dan majlis istimewa.

Selain daripada memenuhi keperluan pengguna yang suka membeli-belah pada bila-bila masa di hujung jari mereka, F&N Life juga akan memuatkan maklumat produk dan nilai khasiat pemakanan, resipi dan program kesetiaan untuk menambah baik pengalaman beli-belah pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, “Dalam tempoh beberapa tahun lepas, kami telah berganding bahu dengan beberapa platform beli-belah dalam talian lain untuk mencapai segmen pasaran dan pengguna baharu, dan membina komuniti pengguna setia dalam talian.

Menyedari potensi besar e-dagang dan peluang untuk memacu pertumbuhan perniagaan
jangka panjang, kami bersedia untuk melonjakkan perniagaan e-dagang kami ke peringkat yang seterusnya.

Untuk meraikan pelancaran F&N Life, pengguna akan menerima potongan lima peratus daripada semua pembelian yang dibuat dari tapak e-dagang atau aplikasi mudah alih dan menikmati perkhidmatan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia sepanjang Januari dan Februari tahun ini.

Di samping itu, F&NHB bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-Dompet terbesar di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet, untuk memberikan pulangan tunai sekali sebanyak RM5 bagi setiap RM50 yang dibelanjakan dari 9 Januari hingga 29 Februari 2020.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, berkata Tahun Baru Cina ialah satu perayaan besar yang penting dan inilah cara terbaik untuk meraikan usaha syarikat seperti F&NHB untuk terus menembusi dunia digital, iaitu dengan menawarkan tahap kemudahan dan penjimatan lebih tinggi menerusi e-Dompet No.1 Malaysia.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan salah satu jenama tertua dan paling terkenal
Malaysia. Tidak kira tua atau muda, saya tidak kenal seorang pun yang tidak tahu tentang produk-produk utama F&N.

Selain daripada produk umum F&N, pengguna juga boleh membeli tawaran F&N yang baru
dilancarkan, menerusi F&N Life seperti minuman jus oren Sunkist; minuman jus campuran perisa epal lemon Sunkist; air minuman klasik dan air berkarbonat sifar gula perisa lemon dan limau gedang F&N Ice Mountain; dan tiub Picit TEAPOT dengan perisa pandan dan gula Melaka.

Aplikasi mudah alih F&N Life boleh didapati di Google Play Store dan juga Apple App Store atau layari www.fnlife.com.my untuk maklumat lanjut.