Memenangi anugerah rebutan ramai sebagai ‘Jenama Terulung Tahunan’ di Anugerah Effie, ‘Pengiklan Tahunan Terbaik’ di Anugerah Kancil dan disenaraikan dalam ‘Hall of Fame’ Anugerah Jenama Putra

Maxis mencapai kejayaan luar biasa dengan menyapu bersih penghargaan dalam bidang kreativiti di Anugerah Effie Malaysia 2019, Anugerah Kancil 2019, dan Anugerah Jenama Putra, membuktikan komitmennya terhadap pasaran dan inovasi.

Pencapaian itu adalah penting kerana kriteria yang unik dalam pertunjukan anugerah masing-masing; Anugerah Jenama Putra adalah berdasarkan maklum balas pengguna, Anugerah Kancil dinilai oleh industri kreatif dan Effies pula diketuai oleh pengamal terkemuka dalam bidang pemasaran.

Maxis komited dalam budaya kecemerlangan dalam penjenamaan dan pemasaran, selaras dengan usaha berterusan untuk mengaitkan membolehkan pengguna untuk sentiasa berasa di hadapan.

“Kami gembira, dan pada masa sama amat berbesar hati dengan pencapaian ini. Pengiktirafan ini mengesahkan usaha berterusan Maxis untuk menjadi pemacu perubahan positif demi keperluan masyarakat.

“Kami berterima kasih hasil kerja kami mendapat pengiktirafan dari segi penyelesaian mudah alih, penawaran serat, inovasi teknologi dan peluang perayaan. Maxis didorong oleh potensi besar rakyat untuk memainkan peranan sebagai penyedia penyelesaian bersatu untuk mengupayakan rakyat dan negara.

“Sudah tentu, semua ini tidak dapat dilakukan tanpa rakan-rakan kami yang sentiasa menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan maju,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis.

Komitmen terhadap kreativiti Pada Anugerah Effie Malaysia baru-baru ini, Maxis telah memenangi beberapa anugerah termasuk:
1. Jenama Tahunan – Maxis dinobat “Anugerah Jenama Tahunun,” setelah memenangi
satu Emas, satu Perak dan empat anugerah Gangsa
2. Produk dan perkhidmatan Telco:
Emas – The Unheard Prayer
Gangsa – Home in A SIM
Gangsa – MaxisONE Prime – Better Together
Gangsa – Fibrenation, The Birth Of A New Nation
3. David vs Goliath:
Gangsa – Fibrenation, The Birth Of A New Nation
4. Penukaran Postive: Kebaikan Sosial – Jenama
Perak – The Unheard Prayer

Dalam edisi ke-12, Effies menghargai pencapaian oleh kempen yang memenuhi dan melangkaui objektif komunikasi pemasaran dengan fokus pada keberkesanan.

Dari 138 penyertaan, 40 peserta akhir disenarai pendek, dengan dua anugerah Emas, lapan Perak, dan 20 Anugerah Gangsa yang disampaikan kepada jenama untuk kempen kreatif mereka.

Di samping itu, setiap finalis juga menerima mata Effie yang menyumbang kepada kedudukan agensi kreatif pada Indeks Global Effie.

Mengubah peristiwa penting kepada pengalaman bermakna Maxis juga memenangi Anugerah Pengiklan Tahunan dan Anugerah Emas untuk kategori Penggunaan Pengetahuan Kebudayaan dalam kategori Pengalaman dan Pengaktifan Jenama untuk kempen Deria Takbir di Anugerah Kancil 2019.

Kempen ini dilancarkan sempena Hari Raya tahun ini, membawa keberkesanan teknologi kepada golongan kurang pendengaran untuk mengalami Takbir dengan cara yang unik. Anugerah Kancil mengiktiraf kecemerlangan kreatif Malaysia dalam pengiklanan.