SUV mewah premium segmen D Renault – Renault Koleos kini telah menerima penambahbaikan dari segi gayaan luaran dan peningkatan pada ruang dalamannya bagi menjadikannya SUV paling luas serta selesa dalam kelasnya.
TC Euro Cars, selaku pemegang francais Renault Koleos baharu akan terus ditawarkan dalam dua varian: Renault Koleos dan Koleos Signature.

Koleos baharu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai buat pertama kalinya dalam acara Premium Auto Car Expo (PACE) yang bakal berlangsung pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre.
Walaupun dimensinya masih sama seperti sebelumnya, (tapak roda 2,705mm dengan panjang keseluruhan 4,672mm), rekaan luaran kini kelihatan lebih agresif dan maskular.
Kedua-dua varian itu juga dipasang dengan lampu utama LED Pure Vision.
Antara ciri baharu Renault Koleos termasuk:
- Bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang panjang sehingga ke bahagian lampu kabus pada kedua-dua sisi bersama kemasan dua tona
- Bampar belakang baharu yang menyerlah dengan krom tambahan dan kemasan dua tona
- Pilihan warna-warna baharu seperti hitam (Amethyst Black), merah (Millesime Red) dan perak (Ultra Silver), di samping warna sedia ada iaitu putih (Universal White) dan hitam metalik (Black Metallic)
- Rim aloi baharu bersaiz 19 inci untuk Koleos Signature dan rim 18 inci bagi varian Koleos
- Kedua-dua varian itu kini dilengkapi pintu belakang bebas tangan yang memudahkan pemandu. Ketinggiannya juga boleh dilaras berdasarkan kepada keperluan individu
- Dilengkapi ciri replikasi telefon pintar yang dipaparkan menerusi sistem multimedia R-LINK2 bersaiz 8.7 inci, ia sesuai untuk Apple CarPlay™ and Android Auto™
- Tempat duduk penumpang belakang didatangkan dengan ciri dua konfigurasi boleh laras untuk memberi lebih keselesaan
- Bumbung suria panoramik elektrik memberikan sentuhan premium, sekali gus meningkatkan ambien dalaman kabin (varian Koleos Signature sahaja)
- Tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan
Penanda aras dalam segmen SUV premium
Direka dan difikirkan secara terperinci untuk memenuhi keperluan pembeli SUV di seluruh dunia, Koleos baharu sememangnya layak berada dalam rangkaian model mewah Renault.

Ruang kabin luas, rangkaian peralatan yang ekstensif dan susun atur bahagian dalaman yang direka dengan cermat menjadi rujukan oleh pesaing dalam kelasnya dari segi keselesaan serta kehalusan buatannya.
Renault Koleos masih menggunakan enjin petrol 2.5 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik X-Tronic CVT untuk prestasi lebih baik dan pemanduan yang menyeronokkan, pada masa sama mengoptimumkan penggunaan bahan api.
Enjin yang efisien itu mampu menjanjikan kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm, selain menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 8.1L/100km.
Mengekalkan reputasinya sebagai sebuah SUV keluarga yang mewah dan selesa, Renault Koleos baharu terus menawarkan ruang kabin luas yang mendahului kelasnya bersama kemasan yang memberikan rasa premium.

Dengan tempat duduk hadapan yang menjadi antara paling selesa dalam segmennya dan ruang bahagian lutut seluas 289mm, Renault Koleos bukan sahaja mengalahkan kebanyakan pesaingnya. Malah ia menawarkan ruang kepala, bahu dan siku yang luas kepada penumpang belakang.
Tempat duduk belakang kini boleh dibaringkan untuk memberi posisi duduk yang lebih selesa.
Harga kompetitif dengan sokongan selepas jualan yang tiada tandingan Renault Koleos baharu ditawarkan pada harga bermula RM179,888 bagi varian Koleos dan RM189,888 untuk Koleos Signature (harga di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
Sama seperti model-model Renault yang lain, Koleos hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia turut merangkumi satu pakej servis berkala selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan pada November akan menikmati kadar tukaran (trade-in) sehingga RM15,000 selain jumlah penilaian kenderaan yang dijalankan.
Pelanggan boleh menikmati kebebasan dan fleksibiliti dengan Koleos baharu menerusi Renault Subscription tanpa perlu terikat dengan tempoh pinjaman yang lama serta tidak perlu bimbang terhadap kos penyusutan nilai.
Selain Renault Captur, Renault Koleos boleh dilanggan menerusi Renault Subscription dengan pelan berikut:
Fixed Plan
| Varian | Koleos | Koleos Signature | ||
| Tempoh | 2 tahun | 1 tahun | 2 tahun | 1 tahun |
| Monthly Fee | RM2,299 | RM2,499 | RM2,699 | RM2,899 |
| Had perbatuan tahunan | 20,000km / tahun (pilihan naik taraf) |
20,000km / tahun (pilihan naik taraf) |
||
| Termasuk |
|
|
||
| Penambahan pilihan | – Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
– Pakej wear & tear RM100 sebulan |
– Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200 | – Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
– Pakej wear & tear RM100 sebulan |
– Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200 |
Switch Plan
| Jenis | Base
Captur dengan akses RENAULT FAMILY selama 2 bulan (menggunakan Koleos) |
Prime
Captur dengan akses RENAULT FAMILY selama 4 bulan (menggunakan Koleos) |
| Tempoh | 1 tahun (fleksibiliti untuk batalkan langganan pada bila-bila masa) |
1 tahun (fleksibiliti untuk batalkan langganan pada bila-bila masa) |
| Bayaran bulanan | RM1,999 | RM2,199 |
| Had perbatuan tahunan | Perbatuan tanpa had | Perbatuan tanpa had |
| Termasuk |
|
|
Pelangan boleh membuat langganan terus di PACE atau melalui www.renault.com.my.
Kunjungi ruang pameran Renault di PACE 2019. Dianjurkan pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre, ruang pameran Renault di PACE akan mempamerkan Megane R.S. 280 CUP supercharged yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengunjung juga boleh memandu uji rangkaian terkini Renault di Malaysia. Ini termasuklah crossover paling laris dalam segmennya di Eropah, Renault Captur, Koleos, Megane R.S. 280 CUP MT dan Megane R.S. 280 CUP EDC.







































