AirAsia akan melabuhkan tirai pada tahun ini dengan jualan hebat yang menawarkan sebanyak 6 juta tempat duduk promosi.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula daripada RM20* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Kuching, Miri dan Sandakan, daripada RM44* untuk penerbangan ke Belitung, Surabaya, Surat Thani, Krabi, Can Tho, Nha Trang dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X daripada RM199* dari Kuala Lumpur ke Xi’an, Jeju, Jaipur, Taipei, Melbourne, Fukuoka dan destinasi-destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed kami yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Lanzhou, Osaka, Gold Coast and Seoul daripada RM699*. Nikmati yuran pemprosesan sifar untuk semua penerbangan pergi balik dari Malaysia.

Jualan hebat ini bukan hanya untuk tiket penerbangan, tetapi juga untuk hotel, tawaran aktiviti, pakej percutian dan segala yang anda perlukan, semuanya di airasia.com.

Nikmati lebih keselesaan dan diskaun sehingga 20% dengan Pek Nilai, termasuklah pilihan hidangan dan tempat duduk, insurans dan bagasi 20kg.

Anda juga kini boleh menaik taraf bagasi kepada 25kg atau lebih dengan harga istimewa. Pek Nilai dan promosi bagasi hanya boleh didapati semasa tempahan penerbangan sahaja. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun 10% untuk sebarang aktiviti dengan kod promo FREE10.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 4 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 10 November 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Karen Chan berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan jualan hebat yang terakhir bagi tahun 2019 kepada para tetamu untuk menempah perjalanan bagi tahun hadapan sehingga awal tahun 2021.

Sebagai sebuah syarikat perjalanan dan gaya hidup, kami telah memperluaskan tawaran kami termasuklah hotel terpilih, aktiviti dan pakej percutian menarik. Kami yakin para tetamu kami akan menemui semua yang mereka perlukan di airasia.com.”

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses jualan terlebih dahulu selama 24 jam mulai 3 November 2019 (0001h GMT +8).

Log masuk sebagai Ahli BIG di airasia.com untuk menikmati akses kepada tempat duduk, hotel dan aktiviti pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula daripada 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pra-tempahan hidangan Santan boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar!