Hong Leong Assurance (HLA) berbesar hati mengumumkan pelancaran HLA Fit 2 Protect, pelan perlindungan ketidakupayaan yang membolehkan pemegang polisinya membuat sedikit bayaran untuk lebih manfaat perlindungan.

Sebagai salah satu penginsurans terkemuka Malaysia, kami sentiasa komited untuk menyediakan solusi perlindungan kewangan bernilai hebat yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang sering berubah.

Kami mahu memastikan bahawa pemegang polisi kami mendapat perlindungan terbaik tetapi hanya perlu membayar sedikit sahaja, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa hari ini.

Dengan HLA FiT 2 Protect anda kini boleh menikmati perlindungan ketidakupayaan yang lebih meluas dengan kadar premium yang dimampu untuk meneruskan kehidupan anda dengan sebaiknya selepas berlaku ketidakupayaan.

Sebagai contoh, individu berumur 24 tahun hanya perlu membayar premium tetap RM100 setiap bulan tanpa kenaikan selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan ketidakupayaan bernilai RM1.5 juta dan manfaat kematian bernilai RM500,000. Bagaimanapun, kumpulan umur berlainan akan menikmati perlindungan berbeza.

Pelan ini mensasarkan kumpulan pasaran yang luas berumur dari 20-60 tahun. HLA FiT 2 Protect adalah pelan ideal yang meringankan beban kewangan pemegang polisi dan membolehkan hayat yang diinsuranskan memberi tumpuan sepenuhnya untuk memulihkan kembali kehidupan mereka kerana ia menawarkan perlindungan ketidakupayaan sehingga RM1.5 juta dalam bentuk Bayaran Sekaligus dan Pendapatan Ketidakupayaan selama 10 tahun.

Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 10 tahun pembayaran pendapatan ketidakupayaan tersebut, baki pendapatan ketidakupayaan akan dibayar kepada waris terdekat. Selain daripada manfaat ketidakupayaan, pelan juga turut membayar jumlah yang diinsuranskan apabila berlaku kematian sebelum terdapatnya tuntutan ketidakupayaan yang dilindungi.

Pelan ini dicipta khas untuk melindungi mana-mana 1 daripada 11 ketidakupayaan yang dilindungi. 11 ketidakupayaan yang dilindungi adalah hilang penggunaan kedua-dua anggota badan, hilang penglihatan pada kedua-dua mata, hilang penggunaan satu anggota badan dan satu mata, Sindrom Apalik, Kegagalan Ginjal, Koma, Penyakit Parkinson, Distrofi Otot, Kecederaan Spina (Tulang Belakang), Kelumpuhan Anggota Badan dan Penyakit Terminal (Membawa Maut).

Untuk mendapatkan pelan ini sangat mudah kerana tiada pemeriksaan perubatan yang diperlukan. Semua pemohon hanya perlu menjawab soalan kesihatan yang ringkas dan mereka boleh dilindungi.

Selepas pendaftaran, pemegang polisi akan menerima penjejak kecergasan percuma. Apa yang perlu dilakukan adalah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi HLA FiT, pautkannya kepada penjejak kecergasan dan mula menjejak aktiviti kecergasan harian mereka. Lebih rendah umur FiT mereka, lebih banyak poin yang boleh mereka kumpulkan untuk mendapat lebih banyak ganjaran setiap minggu termasuk baucar diskaun premium!