Kembali untuk menggamit selera rakyat Malaysia, hidangan ini menampilkan keistimewaan dan kesegaran perisa dari Thailand yang terkenal di seluruh pelusuk dunia dengan sentuhan unik KFC, khas buat masa terhad sahaja.
KFC Sawadee Crunch menggabungkan kelazatan resepi KFC Hot & Spicy bersama keunikan rasa dan aroma Thai yang dihasilkan daripada campuran rempah dan cili Thai eksotik – pasti memikat selera sesiapa yang mencubanya.
“KFC sentiasa mencari cara untuk menambat hati para pelanggan menerusi pelbagai pilihan menu menarik dan KFC Sawadee Crunch adalah salah satu ciptaan yang mendapat sambutan baik.
Gabungan rasa manis, masam, dan pedas yang amat sinonim di dalam masakan Thai disatukan dengan keenakkan ayam KFC Hot & Spicy menjadikan hidangan ini tersendiri. Hidangan popular ini telah kembali untuk masa terhad sahaja.
Nikmatilah kehangatan dan kesegaran rasa Thai yang anda gemari sekarang, sebelum terlambat!
KFC Sawadee Crunch boleh didapati di dalam hidangan individu dengan pilihan kombo 2-pc dan 3-pc serta hidangan Box Meal. Juga terdapat di dalam pilihan Bucket untuk hidangan berkumpulan. Terdapat di restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada.
Pesan daripada atas talian tanpa perlu beratur dengan pilihan penghantaran atau ‘Self-Collect’. Cuma muat turun aplikasi mudah alih KFC atau log masuk ke www.kfc.com.my.
KFC Sawadee Crunch kini boleh didapati buat masa terhad sahaja. Thai Thai Mesti Bantai!