BMW Malaysia telah mengambil peluang untuk merungkaikan BMW Elite M Card buat pemilik kenderaan BMW M Performance.

Program keistimewaan ini menawarkan pelbagai manfaat M-specific yang eksklusif untuk
satu kesinambungan kepada tawaran BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini dinikmati oleh pemilik-pemilik jentera BMW.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “’M’ ialah abjad yang
paling berkuasa di dunia. Dengan menggabungkan jiwa kami yang mendahagakan prestasi
tinggi serta keutamaan yang kami berikan kepada para pelanggan, maka keistimewaan
pemilikan M-specific yang ditawarkan kepada para pemilik BMW M ini sememangnya
bertepatan.

“Menerusi pengenalan BMW Elite M Card, kami ingin terus memperkayakan khidmat bertaraf dunia yang diunjurkan oleh BMW. Para pemilik kini boleh menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan menerusi program keistimewaan ini dengan hanya menjadi sebahagian daripada famili BMW M.

“Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemilik BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara ‘M Track’ di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif.

“Pemegang kad ini juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara ‘BMW Driver Training’ serta barangan ‘BMW lifestyle’.

Di samping itu, anda juga akan diberikan keutamaan bagi janji temu servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di kesemua outlet BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, termasuk diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk anda dalam Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+.

Pemilik BMW M kini akan memiliki akses menyeluruh ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis
    Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran
    dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan oleh BMW serta Hotline Kemalangan
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – ‘BMW White Card’ dan program
    keahlian ‘BMW Excellence Club’
  • Servis Dalam Talian BMW