Meraikan penyatuan budaya antara KFC dan Malaysia, beri sokongan kepada inisiatif basmi kelaparan

KFC Malaysia melancarkan koleksi ‘11 Finger Lickin’ Good Goods’, selepas mengumumkan kerjasama dengan jenama ‘streetwear’ terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC), menampilkan pakaian eksklusif yang meraikan sejarah penubuhan KFC di Malaysia.

Mula dijual di laman sesawang Pestle & Mortar Clothing dan di butik Major Drop, Sunway Pyramid, koleksi eksklusif KFCx PMC ini menampilkan 11 rekaan streetwear – diolah daripada konsep 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

“Malaysia merupakan tanah air KFC sejak 46 tahun yang lalu. Kami ingin membawa kelainan bagi meraikan negara, rakyat serta asal-usul KFC di Malaysia. Bersama kebangkitan trend ‘streetwear’, idea untuk berkolaborasi dengan Pestle & Mortar Clothing, iaitu sebuah jenama ‘streetwear’ daripada Malaysia yang amat dikenali dengan rekaan yang mengangkat gaya tempatan dan isu-isu semasa, adalah amat bertepatan.

Maka terhasilah sebuah koleksi yang secara kreatifnya menggabungkan paparan warisan jenama kami dengan elemen keistimewaan hubungan yang terjalin di antara KFC dan rakyat Malaysia sejak 1973.

Diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, direka oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Mengambil gaya seni Malaysia dan bahasa tempatan yang unik, PMC mengolah penceritaan asal-usul KFC Malaysia di setiap rekaan pakaian dengan sentuhan gaya ‘streetwear’ kontemporari.

Koleksi ini merangkumi helaian seperti kemeja tee bercorak grafik, kemeja ‘bowling’ bercetakan penuh, jaket bomber bersama grafik, serta aksesori seperti topi ‘bucket’ reversible dan beg tote.

“Ianya lebih daripada sekadar rekaan, di mana setiap helaian pakaian menggambarkan makna KFC dalam setiap jiwa rakyat Malaysia, daripada kemeja tee Jalan Larut KFC, kepada jolokan nama ‘Atuk’ bagi merujuk pengasasnya, Colonel, sehinggalah ke periuk tekanan (pressure cooker), setiap satu daripadanya menyimpan memori dikongsi oleh kita semua,” kata Hugh Koh, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Pestle & Mortar Clothing.

Pelancaran koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods ini turut mengukuhkan komitmen KFC Malaysia bagi menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia. Jumlah jualan daripada kempen ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KFC yang bermatlamat bagi membanteras kebuluran.

Dijalankan buat tahun ke-13, Add Hope Malaysia merupakan usaha berterusan yang meraih dana dan menjalankan kerja-kerja bantuan serta menyalurkan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan, badan-badan NGO, kerajaan serta keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Koleksi ini kini boleh didapati di Major Drop, Sunway Pyramid dan di atas talian di
pestlemortarclothing.com. Amaran, koleksi ini adalah terhad.

Lihat koleksi penuh di kfc.com.my/pestlemortarclothing. Sama seperti 11 herba dan rempah rahsia KFC, koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods ini akan membuat anda terliur seperti melihat ayam Original Recipe KFC.

Kempen KFC Merdeka 62

Rebut peluang untuk memenangi pakaian dan barangan daripada koleksi KFC x PMC menerusi promosi KFC Merdeka 62. Pesan hidangan KFC kegemaran anda daripada KFC Delivery or Self Collect menerusi KFC App dan gunakan kod promo MERDEKA62 bagi menikmati diskaun sebanyak RM6.20*. Hanya terhad sehingga 22 September 2019.

Setiap pesanan lengkap menggunakan kod promo berkenaan akan dikira sebagai satu (1)
penyertaan bagi peluang memenangi koleksi KFC x PMC. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen KFC Merdeka 62, sila layari: kfc.com.my/merdeka62

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini