Nama aL-ikhsaN tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup sinonim dengan barangan sukan seperti kasut, jersi, baju sukan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang terkenal.

UMUM sudah mengetahui akan kualiti barangan yang ditawarkan sebaik sahaja melangkah kaki ke mana-mana cawangan kedai aL-ikhsaN yang dihiasi kemas dengan dekorasi terkini mengikut trend semasa.

Bagaimanapun, disebalik kejayaan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd yang muncul sebagai Peruncit Sukan Terbesar Di Malaysia, mungkin ada yang tidak mengetahui kisah disebalik kejayaan syarikat itu.

Sebenarnya, kejayaan syarikat milik Bumiputera sepenuhnya ini turut disumbangkan menerusi usaha gigih dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan oleh pengasasnya, Ali Hassan Mohd Hassan.

Beliau yang menubuhkan aL-ikhsaN sejak 1993, kini banyak mengabdikan dirinya untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan pelajar-pelajar sekolah, kolej mahupun universiti serta orang ramai dalam usaha melahirkan generasi yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt.

Pengalaman luas dalam selok belok perniagaan berjaya mencorakkan kejayaan dan menaikkan nama syarikat bukan sahaja diperingkat domestik dan antarabangsa malah langkah berani menghasilkan jenama sendiri ALSports (AL) juga mula mendapat permintaan tinggi dari pengguna.

Antara usaha CSR yang giat dilaksanakan ketika ini ialah menganjurkan beberapa program ceramah dan motivasi yang menceritakan pengalaman dan rahsia kejayaan aL-ikhsaN kepada pelajar mahupun penuntut universiti.

Dalam satu program CSR di Kolej Vokasional Tanjung Piai, Johor yang membabitkan 80 pelajar jurusan automotif, pengendalian mesin dan kimpalan, wakil syarikat aL-ikhsaN akan memulakan program dengan memperkenalkan tujuan atau objektif program itu diadakan.

Antara objektif program ini ialah mengalakkan anak muda untuk terjun ke dalam bidang usahawan dan menanamkan pemikiran usahawan bagi menghasilkan tenaga kerja mahir yang turut menjadi objektif utama penubuhan kolej vokasional.

Pelajar juga diterangkan mengenai kelebihan mempunyai bisnes yang menyediakan servis kimpalan dan bengkel kereta, iaitu mempunyai cawangan yang banyak, mempunyai pendapatan yang lumayan, dikenali dan bebas kewangan.

“Kami mahu membawa pelajar ini memahami bahawa kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu pengorbanan dan kekuatan yang bukan sedikit.

“Kami juga membimbing mereka agar mereka yakin punca dan kunci kekuatan yang boleh membawa kejayaan hidup atau bisnes datang dari tiga faktor ini,” katanya.

Tiga rahsia kejayaan aL-ikhsaN

1. Menunaikan solat
2. Sentiasa hormat kepada ibu dan bapa
3. Bersedekah

Hasil daripada program itu, kebanyakan pelajar memberikan maklumbalas dengan berazam untuk mengamalkan ketiga-tiga perkara itu.

Pada masa sama, mereka juga meniatkan bacaan sedekah Al-Fatihah kepada ibu dan bapa Ali Hassan sebagai bukti beliau masih lagi berbakti kepada ibu dan ayahnya walaupun mereka sudah meninggal dunia. Jadi tidak hairan Allah swt mengizinkan beliau berjaya dalam perniagaan.

“Percayalah! Amal baik-baik 3 perkara ini… Dengan izin Allah swt kelak awak semua akan berjaya seperti aL-ikhsaN. Saya nak pesan kepada adik-adik semua, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan gunakan ilmu yang dipelajari dengan penuh manfaat,” kata ikon usahawan dari Johor ini.

Program Ziarah Pesakit Di Hospital Daerah Mersing

Program kerjasama dengan Sahabat Dakwah Jabatan Agama Daerah Mersing. Kerjasama ini untuk memudahkan syarikat mendapatkan kelulusan dari pihak hospital untuk menziarahi para pesakit diwaktu bukan masa lawatan.

Tujuan ziarah adalah untuk menyerahkan bantuan makanan dan wang tunai serta buku solat kepada 20 keluarga yang susah di wad kanak-kanak.

“Ibu-ibu yang kami ziarahi ini datang dari kampung-kampung dan dikenalpasti mereka adalah golongan yang susah,” katanya.

Dibawah ini disertakan beberapa gambar menarik sekitar program CSR dan bantuan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini