Goodwood Ingot (jongkong) yang diperbuat daripada 2009 Ghost konsep 200EX diabadikan dengan rekaan dalaman Ghost Zenith
Jarang sekali peluang ditawarkan kepada pengumpul barangan mewah untuk memperoleh sesuatu yang sememangnya berada di puncak tertinggi. Dalam konteks Rolls-Royce Motor Cars, detik sebegini jarang sekali berlaku dengan anggaran setiap 10 tahun hanya sekali.
Rolls-Royce meraikan kesempurnaan dan kemahiran kraf yang teragung, dan apabila tibanya masa sesuai untuk meraikan kejayaan dan kekaguman global yang diterima oleh salah satu model motorkar paling mewah sepanjang kitaran hidupnya.
Tibalah masanya, setelah Ghost dilancarkan hampir 10 tahun lalu, jenama ini menawarkan Rolls-Royce Ghost Zenith Collector’s Edition yang teramat terhad kepada para pengumpul. Koleksi yang hanya terdiri daripada 50 buah Zenith ini bakal meraikan keanggunan abadi plat nama yang telah menjadi asas kepada Rolls-Royce Motor Cars yang kontemporari.
Seperti mana yang dicadangkan oleh namanya, Koleksi Ghost Zenith menonjolkan ciri teragung Bespoke yang pernah dijumpai pada kereta Koleksi Ghost.
Ghost merupakan ikon kemewahan yang membawa kisah lampau yang menarik dan luar biasa bersamanya. Dari Silver Ghost, kenderaan yang digelar “Kereta Terbaik di Dunia” pada 100 tahun dahulu, sehingga 200EX, kereta eksperimen yang memperkenalkan konsep ekpresi kontempari plat nama ini di Pameran Motor Geneva pada 2009, Ghost menawarkan Rolls-Royce yang moden, anggun dan fokus-pemandu kepada para pelanggan tetap.
Apabila produksi Ghost bermula pada 2009, pelanggan tetap dari serata dunia tertarik dengan garisan anggun dan tawaran yang dinamik. Dengan pantasnya, ia menjadi dan masih bergelar Rolls-Royce yang paling berjaya antara kenderaan yang pernah dibina sehingga hari ni, serta berjaya menarik sekumpulan peminat baharu jenama ini yang terdiri daripada para usahawan muda.
Lantas, penurunan umur purata pelanggan Rolls-Royce ke lebih kurang 43 tahun merupakan bukti kejayaan global Ghost.
Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars, mengulas, “Koleksi Ghost Zenith ini mengemukakan satu kajian terkedepan yang menyeluruh ke atas ciri-ciri unik yang menyaksikan pencapaian Ghost menjadi status kereta salun super-mewah paling progresif dalam sejarah.
Koleksi yang unik ini menyediakan peluang yang jarang kepada pelanggan tetap jenama ini untuk memiliki sebuah kereta yang betul-betul membangkitkan kenangan zaman kami. Ghost ialah ciptaan Rolls-Royce yang paling berjaya dan Koleksi Zenith menandakan suatu peristiwa penting dalam sejarah moden kami.”
Apabila dipamerkan di Geneva pada 2009, 200EX memperkenalkan konsep yang memfokuskan kepada kedua-dua pemandu dan penumpang. Koleksi Ghost Zenith ini mengambil banyak rujukan daripada 200EX, dengan ciri yang mungkin paling signifikan iaitu jongkol peringatan, yang diperbuat daripada Spirit of Ectasy 200EX yang original, dilebur lalu dipasang pada konsol tengah setiap satu 50 unit Zenith tersebut.
Diukir dengan tiga garisan rekaan utama Ghost, plak tersebut memperincikan ciri-ciri asal signifikannya. Spirit of Ecstasy dan jam Koleksi ini diukirkan dengan nama koleksi yang amat dinanti-nantikan ini.
Tambahan pula, 200EX telah diabadikan dalam bentuk ukiran kompleks yang terletak di konsol tengah Ghost Zenith. Satu karya seni yang diilhamkan oleh cetak biru (blueprint) telah diperbesarkan menjadi corak abstrak, dibahagikan kepada 50 bahagian yang berlainan, serta menawarkan satu karya seni yang tersendiri kepada setiap pelanggan Ghost Zenith, pada masa sama menyatukan seluruh koleksi sebagai satu penghormatan berkumpulan kepada Ghost.
Mata seseorang secara wajarnya akan tertarik kepada dalaman pintu Koleksi, kerana poket pintunya yang bercahaya. Cahaya ambien yang terpancar melalui lubang kecil kulit menambahkan lagi keanggunan seni bina dalaman Ghost.
Ahli-ahli Bespoke Collective dari Bengkel Kulit Ibu Pejabat Rolls-Royce turut menyempurnakan karya seni mereka selama ini. Tempat duduk belakang bercirikan sulaman diilhamkan oleh ciri-ciri Silver Ghost 1907 yang asal. Sulaman ini beralih secara anggun dari bahagian belakang hingga ke hadapan kabin, dan pada Extended Wheelbase Zenith pula, pelapik kepala tersebut melunjur ke hadapan pada bentuk bayangan Spirit of Ecstasy.
Kecantikan tempat duduk diserlahkan dengan kulit yang berwarna kontras, mengukuhkan lagi kedudukan Ghost sebagai limousin empat tempat duduk yang teragung.
Penumpang Ghost Zenith Standard Wheelbase akan mengalami fenomena yang luar biasa. Pelapik kepala bercahaya bintang yang termasyhur dipersembahkan dalam konfigurasi Bintang Meteor (Shooting Star) yang unik.
Shooting Stars berkerdipan secara rawak merentasi bumbung kabin, mengukuhkan lagi sensasi teater yang luar biasa. Ciri yang mengejutkan dan menceriakan ini terdiri daripada lampu-lampu optik gentian melebihi 1,340 unit yang dipeta dan ditenun dengan tangan secara satu per satu.
Pelanggan boleh memilih tiga pilihan warna yang berlainan, Iguazu Blue with Andalusian White, Premiere Silver with Arctic White atau Bohemian Red with Black Diamond yang terang, bersama-sama dengan pelbagai variasi untuk menonjolkan fleksibiliti model tersebut.
Rolls-Royce Motor Cars ialah sebuah syarikat subsidiari milik penuh Kumpulan BMW dan langsung berasingan daripada Rolls-Royce plc, pengilang enjin pesawat dan sistem pendorongan. Lebih daripada 2,000 kakitangan berkemahiran bekerja di Ibu Pejabat Rolls-Royce Motor Cars dan kilang pembuatan di Goodwood, West Sussex, satu-satunya tempat di dunia yang mana kenderaan mewah lampau syarikat dibina dengan tangan.