AirAsia hari ini melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung, sebuah kepulauan syurga di luar pantai timur Sumatra, Indonesia.

Sebagai syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Belitung, perkhidmatan terus empat kali seminggu AirAsia akan bermula pada 2 Oktober 2019.

Belitung, dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan pantai yang indah dan air jernih, menawarkan pelancong percutian pulau yang menarik dengan pelbagai aktiviti air dan kecantikan semula jadi.

Ketua Pemasaran Serantau AirAsia Amanda Woo berkata, “Indonesia mempunyai lebih banyak tawaran berbanding Bali dan Lombok sahaja.

Belitung adalah tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diterokai, dan kami berharap dengan perkhidmatan terus baharu ini, semakin banyak orang akan dapat menerokai permata tersembunyi ini. Laluan baharu ini juga bukti komitmen kami menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya untuk membangunkan 10 destinasi pelancongan keutamaan baharu.”

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa serendah RM79* dari Kuala Lumpur untuk ahli BIG. Tempah penerbangan anda di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 25 Ogos 2019 untuk perjalanan antara 2 Oktober 2019 dan 28 Mac 2020 untuk menikmati tambang istimewa ini. Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay.

Dikenali untuk pulau-pulau yang indah dengan pantai berpasir putih, Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar adalah antara pulau-pulau paling terkenal di sekitar Belitung.

Pelancong juga boleh meneroka pengalaman taman geo yang unik di lokasi tarikan alam semulajadi seperti Gua Kelayang, Lombong Terbuka Kelapa Kampit, Pusat Konservasi Penyu Pulau Kepayang atau Air Terjun Gurok Beraye. Peminat fotografi harus menuju ke Danau Kaolin, sebuah tasik yang indah dengan perairan lautan biru dan deposit mineral putih, atau Muzium Kata Andrea Hirata, sebuah muzium sastera yang dihiasi dengan warna pelangi.

Di samping laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibukota Indonesia, Jakarta bermula 1 Oktober 2019. AirAsia kini menghubungkan Kuala Lumpur ke 14 destinasi Indonesia lain – Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Lombok, Yogyakarta, Pekanbaru, Pontianak, Padang, Palembang, Semarang, Makassar, Bandung dan Banda Aceh.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM84 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

screenshot-docs.google.com-2019.08.19-11_18_05.png

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini