Sebagai sokongan kepada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk
memacu penggunaan jalur lebar yang lebih tinggi di seluruh negara, Astro dan Maxis akan
menawarkan jalur lebar fiber dipakejkan bersama dengan kandungan.

ASTRO dan Maxis, mengumumkan perkongsian pemasaran strategik antara kedua-dua pihak untuk menawarkan jalur lebar bersama dengan kandungan.

Astro akan melancarkan pakej jalur lebar terbaru daripada 30 Mbps dan 100 Mbps bersama produk kandungannya untuk pelanggan dan rangkaian produk yang penuh dengan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi pada masa yang sesuai kelak.

Perkongsian strategik ini adalah tepat pada masanya kerana ia berlaku ketika permintaan
untuk kesalinghubungan konvergen (converged connectivity) semakin bertambah dan
penawaran pelbagai-cabang yang menggabungkan kesalinghubungan, kandungan dan
perkhidmatan.

Perkongsian tersebut menggunakan kekuatan kedua-dua syarikat untuk membawa nilai dan manfaat yang lebih besar kepada para pelanggan. Pada masa yang sama kolaborasi ini bakal mencetuskan aliran hasil baru dan membuka pasaran baru dengan memaksimumkan bakat dan sumber di kedua-dua syarikat, di samping memacu skala dan kecekapan.

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Kami sangat teruja dengan perkongsian dengan Maxis ini. Pelanggan akan melihat nilai dan faedah yang signifikan dari penawaran ini yang membawa kandungan menarik dengan sambungan fiber berkelajuan tinggi.

Perkongsian ini juga bakal memberikan pelanggan pengalaman yang lebih baik terutamanya untuk tontonan On Demand, yang membolehkan mereka menikmati lebih daripada 50K rancangan melalui kotak atas set dan peranti mudah alih.

Gökhan Ogut

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata, “Kami sangat bersemangat dengan
permintaan untuk kesalinghubungan yang hebat di sebalik kempen Fibrenation kami,
memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia meihat diri mereka sebagai pengguna asli
digital.

Kami kini menyaksikan lebih permintaan untuk penawaran yang berorientasikan keluarga dan pelbagai perkhidmatan digital yang lebih luas. Ini adalah era baru kesalinghubungan – Konvergen.

“Perkongsian baru kami dengan Astro akan memberi pelanggan satu lagi sebab untuk memilih Maxis Fiber dan mempercepatkan strategi konvergen kami dengan menawarkan fiber kepada lebih banyak kediaman di Malaysia,” katanya.

Pelanggan boleh mendaftar minat mereka di www.astro.com.my dan www.maxis.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini