Pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge anjuran Proton berakhir pada 29 Julai 2019 di Pusat Kecemerlangan Proton (COE).

SEBANYAK 12 kumpulan bersaing antara satu sama lain dan membuat pembentangan akhir mereka kepada seramai tujuh orang juri yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar industri pemasaran dan pengamal media.

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan ini ialah kumpulan Eureka dari Politeknik Port Dickson yang mencuri perhatian barisan juri dengan idea inovatif mereka serta mempamerkan pembentangan yang baik.

Tempat kedua pula ialah kumpulan Alpha dari Taylor’s Lakeside Campus manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Alpha Visionaries dari UTAR Kampar.

Untuk memastikan para peserta peringkat akhir ini didedahkan dengan sebanyak mungkin pengalaman sebenar dunia pekerjaan, Proton telah memanggil pakar-pakar dalam bidang pemasaran dan media untuk menjadi juri.

Speech by CEO of PROTON, Dr Li Chunrong

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, bagi tahun 2019, jualan telah meningkat sebanyak 61% untuk enam bulan pertama tahun ini, mengatasi semua pesaing industri serta Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

“Syarikat kini telah mengakhiri tiga bulan berturut-turut di tempat kedua dalam jadual jualan dan kini hanya berada beberapa ratus unit di belakang jenama saingan Jepun iaitu Honda untuk jualan keseluruhan tahun ini.

“Sasaran seterusnya adalah untuk mengakhiri tahun ini di tempat kedua dengan mensasarkan untuk menjual lebih daripada 100,000 unit kereta pada 2020 dan kami juga berhasrat untuk mencapai skor tertinggi di dalam kelas bagi Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) dan Indeks Khidmat Jualan (SSI).

“Untuk mencapai matlamat ini, kami juga berniat untuk menambah jumlah cawangan 3S/4S dari 100 kepada 150 sehingga hujung tahun ini. Proton juga akan terus meningkatkan kualiti produknya dan matlamat jangka panjang kami adalah untuk selari dengan skor pemeriksaan kualiti Geely,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini