Dalam usahanya memacu pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, Celcom Axiata Berhad kini mara setapak lagi dengan pelaksanaan Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung yang pertama di negara ini.

UJIAN lapangan 5G selama enam bulan itu akan dijalankan di @celcom dan juga sekitar kawasan Petaling Jaya Sentral, dengan tujuan menguji serta memantau kes penggunaan dan prestasi liputannya dalam persekitaran yang sebenar.

Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung oleh Celcom akan meneroka model aplikasi dan kes penggunaan, dalam memperlihatkan keupayaan 5G bagi menyokong aplikasi Bandar pintar dan juga meneroka pelbagai industri seperti pengangkutan, pertanian, Pendidikan, keselamatan dan banyak lagi.

Memandangkan 5G dijangka menyediakan keterhubungan menyeluruh kepada pengguna dan perniagaan dengan pengalaman yang berbeza, keterwujudan bersama kedua-dua rangkaian 4G dan 5G NSA (Non Standalone Architecture) adalah komponen penting dalam pembangunan infrastruktur 5G yang kukuh.

Ujian lapangan ini juga akan membolehkan penyediaan liputan dalam bangunan yang baik dengan penggunaan Akses 5G Tanpa Wayar Tetap Luar Bangunan atau Customer Premise Equipment (CPE).

Ujian 5G Celcom di peringkat awal memperlihatkan daya pemprosesan hampir 6Gbps, dan ia akan dipertingkatkan lagi sepanjang tempoh ujian lapangan secara langsung di Kawasan seperti Seksyen 14, Hotel Crystal Crown, Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), dan Stesen LRT Taman Jaya.

Tapak makro 5G ini meliputi keluasan hampir 1.22 kilometer persegi, mencapai kira-kira 450 kediaman, 130 lot kedai, pejabat, kawasan membeli-belah, dan kawasan luar bangunan dengan anggaran populasi melebihi 4, 600 orang dalam kawasan tersebut.

Celcom akan melaksanakan liputan rangkaian yang paling moden, menampilkan Massive multiple-input and multiple-output (MIMO 64T64R), menggunakan teknologi C-band dan milimetreWave (mmWave), bagi membolehkan pengalaman 5G paling pantas dengan daya pemprosesan dalam jumlah Gigabit, dan tahap kependaman yang rendah iaitu 10 milisaat (ms).

Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung oleh Celcom dirasmikan oleh Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, bersama rakan teknologi dan pembekal di @celcom.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Celcom memperlihatkan kes penggunaan 5G seperti berikut :
I. Ujian Kepantasan dan Tahap Kependaman 5G
– Daya Pemprosesan data yang terunggul sehingga hampir 6Gbps melalui udara, menggunakan Peralatan Pengguna Ujian 5G (Test User Equipment).
– Tahap kependaman mencapai 10 milisaat dengan telefon pintar 5G.
– 5G membolehkan permainan video masa nyata dan main baik video dengan resolusi tinggi, di rumah mahupun dalam perjalanan.

II. Panggilan Suara 5G-ke-5G melalui Long Term Evolution (VoLTE) & Panggilan 5G-ke-4G VoLTE :
– Panggilan suara yang begitu jelas di antara dua peranti 5G.
– Panggilan suara yang jelas melalui peranti 5G ke peranti 4G.
– 5G membolehkan masa tetapan panggilan (call set up times) yang sangat rendah di antara peranti mudah alih.
– 5G membolehkan masa tetapan panggilan hampir 2 saat bagi melengkapkan sambungan panggilan.
– 5G menyediakan kualiti suara Definisi Tinggi (Ultra-High Definition – UHD) kepada pelanggan.
III. Pameran Pemantauan 5G :
– Memberikan kapasiti pemantauan daripada sejumlah kamera dengan mengekalkan kualiti video UHD.
– Kamera keselamatan yang terhubungan dengan 5G menyediakan video definisi tinggi dan
berkelajuan tinggi yang membolehkan video pemantauan yang lebih terperinci.

IV. Pengalaman 5G di Kediaman:
– Pengalaman penstriman video berkualiti tinggi (4K) yang mengasyikkan & kandungan permainan GameCloud bagi penonton di rumah.
– 5G membolehkan tahap kependaman rendah dan kelajuan tinggi yang sangat hebat, membolehkan penstriman saluran video 4K dipancarkan dan disiarkan ke skrin di dalam kediaman dan dalam masa yang sama menyokong keperluan permainan video.

Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung oleh Celcom telah dijalankan dengan kerjasama rakan teknologinya, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, yang mana telah memeterai perjanjian dengan Celcom pada April 2019, untuk melaksanakan Hab Inovasi 5G Celcom di Pusat Kecemerlangan Celcom Axiata (Centre of Excellence – “CACE”).

Hab Inovasi 5G tersebut membuka peluang kepada rakan niaga, pemaju teknologi, ahli akademik, dan pemain industri untuk merasai sendiri pelaksanaan teknologi 5G dan kes penggunaan 5G, dan seterusnya memaksimumkan potensi dan keupayaan 5G.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom amat teruja dan komited untuk terus memimpin pemain industri ke arah pembangunan dan evolusi 5G dengan teknologi terkini, serta membawakan inovasi yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

“Kajian karakteristik 5G yang mendalam adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan yang lancar dalam masa terdekat, dan kami percaya ujian lapangan berkelompok yang dijalankan di @celcom merupakan platform yang ideal bagi ujian 5G yang menyeluruh.

Pakar rangkaian Celcom bersama beberapa rakan teknologi kami akan menjalankan ujian dan penyesuaian pengalaman pengguna 5G, kes penggunaan, konfigurasi rangkaian, pengurusan kitaran pelanggan, pengoptimuman rangkaian, dan pengkomersialan, yang seterusnya menjurus kepada evolusi kepada perkhidmatan, proses, produk, dan model perniagaan sedia ada.

“Celcom akan terus menyokong negara dalam menjadikan aspirasi ini suatu realiti, dan kami yakin bahawa hasil ujian 5G ini akan membolehkan kami mengkaji dan seterusnya menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia kepada semua rakyat Malaysia, mampu merealisasikan impian Malaysia sebagai negara digital,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini