Terokai nikmat ‘kehijauan’ dengan KFC Green Chili Crunch terbaharu yang menampilkan gabungan perisa segar dan mengujakan daripada parsli, limau dan cili.

HIDANGAN terbaharu ini diperkenalkan selaras dengan usaha KFC untuk terus menyajikan keunikan menerusi hidangan-hidangan ‘Sedap Hingga Menjilat Jari’. Sajian ini bakal menambat selera sesiapa sahaja yang mengidamkan sentuhan unik masam pedas di dalam hidangan KFC mereka.

KFC Green Chili Crunch terbaharu ini diperap bersama perapan chimichurri pedas daripada limau, parsli dan cili yang memberikan sentuhan hijau kepada kerak rangupnya. Gabungan rasa pedas, masam dan lazat beraroma ini disebatikan dengan ramuan herba dan rempah terkenal KFC, menghasilkan sebuah sajian yang pasti memuaskan selera para peminat hidangan ayam goreng terkenal ini.

“Kami di KFC sentiasa memberi tumpuan bagi menghidangkan ayam goreng yang terbaik bagi memenuhi keinginan anda semua. Kami juga berusaha untuk menyajikan keunikan-keunikan rasa terbaharu bagi terus menarik minat para pelanggan.

KFC Green Chili Crunch ini menyajikan alunan herba dan rempah yang akan membuat anda seolah-olah meneroka ke tempat yang damai dan hijau,” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

KFC Green Chili Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam, serta hidangan Box. Bermula daripada RM14.90, setiap hidangan kombo didatangkan bersama hidangan sampingan KFC serta secawan minuman. Manakala hidangan Box didatangkan dengan seketul ayam KFC Green Chili Crunch, burger zinger, hidangan sampingan dan secawan minuman.

KFC Green Chili Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada! Ayuh dapatkannya dan terokai ‘kehijauan’!

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini