Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan kunjungan mesra dengan Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi Di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Robaian.

DR MUSTAPHA berkata, antara perkara yang disentuh menerusi kunjungan itu antara lain ialah kerjasama erat yang terjalin sebelum ini terus diperkukuhkan dengan pelbagai kerjasama khususnya memartabatkan perpaduan ummah.

Dr Mustapha Ahmad Marican (kanan sekali) bersama Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Robaian di Kuala lumpur (tengah) dan pegawai penyelidik Ahmad Fazrin Yahya (kiri sekali)

Beliau berkata, NGO Antarabangsa banyak memainkan peranan di negara-negara Asean dan banyak peranan di mainkan di Kemboja serta sebahagiannya di Thailand.

“Memandang Kemboja tidak mempunyai Kedutaan Arab Saudi, saya selaku pengerusi NGO Antarabangsa berperanan membantu masyarakat Kemboja dengan pelbagai bantuan dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia seperti Al Quran, sejadah, telekong dan lain-lain bantuan bagi umat Islam di Kemboja.

“Ini kerana menurut Sheikh Abdul Rahman, NGO Antarabangsa begitu aktif membangunkan ummah dan beliau bersedia membantu serta menyokong usaha murni menerusi bantuan kebajikan kepada penduduk di Kemboja dan masyarakat Islam yang memerlukan,” katanya.

Sheikh Abdul Rahman mula berkhidmat pada Jun lalu selaku Penasihat Islam di Kedutaan Arab Saudi Di Malaysia mengantikan Sheikh Abd Rahman M Al Herfi yang sudah pulang ke Arab Saudi.

Dr Mustapha berkata, Sheikh Abdul Rahman turut menasihatkan agar semua NGO mesti menjalinkan kerjasama erat supaya tidak timbul salah faham kerana apa yang penting ialah usaha mereka perlu bersandarkan kepada Ajaran Al-Quran dan Sunnah.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini