Pelanggan Kediaman dan Perniagaan kini boleh menguruskan semua akaun unifi mereka menerusi satu aplikasi

UNIFI, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), terus memacu inovasi digitalnya dengan membawakan lebih #khabarbaik kepada para pelanggannya dengan memperkenalkan aplikasi digital semua-dalam-satu negara pertama: myunifi untuk segmen pelanggan kediaman dan perniagaan.

Aplikasi myunifi memberi akses kepada himpunan lengkap produk unifi dan khidmat sokongannya, menggabungkan unifi Home, Mobil pascabayar, jalur lebar wayarles, jalur lebar (dahulunya dikenali sebagai Streamyx) dan perkhidmatan suara, kesemuanya dalam satu aplikasi bagi pelanggan kediaman dan perniagaan.

Aplikasi ini kini boleh dimuat turun dan ia membenarkan pelanggan untuk melanggan perkhidmatan unifi, menguruskan lebih daripada satu akaun unifi mereka, mendapatkan khidmat bantuan menerusi panduan kenalpasti masalah (troubleshooting) layan diri dan berbual secara langsung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan makluman terkini, membeli pas hotspot, menambah nilai data unifi Mobile, suara dan kuota SMS serta membayar bil dengan lebih mudah.

“Pengenalan aplikasi myunifi ini merupakan satu lagi bukti komitmen berterusan kami untuk membawakan #khabarbaik dengan sentiasa mengutamakan pelanggan. Malah, ini adalah aplikasi digital pertama negara dalam industri komunikasi yang menawarkan perkhidmatan bersepadu buat pelanggan kediaman dan perniagaan dalam perjalanan yang bersepadu menerusi log masuk tunggal yang selamat, justeru menawarkan lebih keselesaan dengan memudahkan pelanggan untuk menguruskan akaun mereka dengan satu aplikasi.

Pelanggan juga boleh berinteraksi dengan kami di mana-mana saluran digital kami menerusi aplikasi ini, forum komuniti, media sosial, dan Live Chat. Maklum balas kepada pertanyaan anda kini boleh diperoleh dengan hanya satu klik dan dengan komuniti unifi kami semakin berkembang, pelanggan boleh berinteraksi dan berkongsi tips serta pengalaman dengan pelanggan unifi yang lain.

Aplikasi myunifi memberikan anda semua itu dan lebih lagi. Tidak lama lagi, kami akan memperkenalkan ciri-ciri seperti pengurusan mata ganjaran, mengenalpasti masalah secara layan diri dan banyak lagi untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan,” kata Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi.

“Selain itu, aplikasi myunifi ini turut dipertingkatkan lagi dengan ‘digitalme’, ID digital dengan ciri keselamatan untuk memudahkan log masuk kali pertama bukan sahaja untuk aplikasi myunifi, tetapi juga laman web unifi.com.my dan tidak lama lagi; aplikasi-aplikasi unifi yang lain.

Ini adalah lebih #khabarbaik untuk pelanggan, dalam usaha kami terus berinovasi bagi
menyelesaikan masalah pelanggan secara digital, menjadikan hidup lebih mudah untuk
semua.”

Aplikasi myunifi ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore dan Apple
AppStore.

Pelanggan digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini untuk menerima baucer-baucer menarik daripada aplikasi tersebut. Bagi pelanggan yang masih mahukan layanan secara bersemuka untuk melanggan atau mendapatkan bantuan bagi produk dan perkhidmatan unifi, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara di mana para pegawai perkhidmatan kami akan sentiasa sedia membantu anda.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini