Perodua akan bergiat agresif dalam kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan sebelum penguatkuasaan bermula pada 2020.

NAIB Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua berkata, kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kalangan para pengguna jalan raya Malaysia amat membimbangkan.

GU Child Seat – Toddler

Beliau berkata, ini kerana kanak-kanaklah yang paling terdedah kepada bahaya ketika berada di dalam kenderaan yang bergerak.

Perodua pada Oktober 2017 telah melancarkan kempen keselamatan jangka panjang dengan semua pengguna jalan raya, terutamanya para pelanggannya, sebagai sasaran, mengenai kepentingan menggunakan tanda isyarat, memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Turut dilancarkan pada masa itu adalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dalam dua model – Kerusi Infant dan Kerusi Toddler.

Kerusi Infant sesuai untuk bayi yang beratnya sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu, manakala Kerusi Toddler adalah untuk kanak-kanak yang beratnya antara 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

“Sepanjang Ramadan, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan, terutamanya semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya,” katanya.

Bersempena dengan ini, bermula 13hb Mei hingga 30hb Jun, Perodua akan menawarkan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dengan harga promosi RM660 untuk Kerusi Infant dan RM780 untuk Kerusi Toddler, dikurangkan daripada RM785 dan RM975 masing-masing.

Datuk Ahmad Suhaimi Hashim

“Sebagai pengeluar kenderaan Malaysia, ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pelanggan kami serta masyarakat ramai mengenai keselamatan jalan raya.

“Kami sedar bahawa pendidikan adalah satu proses jangka panjang, namun kami akan terus komited terhadap usaha tersebut,” tambahnya.

“Penasihat jualan dan servis kami yang sah di cawangan Perodua berdekatan anda amat berbesar hati untuk menjelaskan penggunaan dan manfaat Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp serta kaedah pemasangan yang betul.

“Di samping itu, kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen selepas jualan terkini kami, yang menawarkan diskaun caj buruh sebanyak 50% apabila anda membelanjakan RM170 dan ke atas, sebelum cukai dan diskaun, di dalam satu resit.

“Tawaran ini boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei (1 petang – 5 petang), 27hb-31hb Mei (8 pagi – 5 petang) dan 3hb Jun (8 pagi – 5 petang).

“Kempen keselamatan ini amat penting bagi kami kerana kami percaya keselamatan itu hak semua. Perodua akan terus berusaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan kami demi kepentingan para pelanggan kami dan masyarakat Malaysia.

“Perodua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam, dan kepada semua rakyat Malaysia, pandulah dengan cermat, selamat dan berhemah selalu,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini