Petron Malaysia telah menganjurkan tayangan filem eksklusif buat siri filem Marvel yang paling dinanti-nantikan, Marvel Studios’ Avengers: Endgame bersama The Walt Disney Company Malaysia.

TAYANGAN eksklusif itu telah diadakan di MBO Cinemas di Starling Mall Damansara Uptown Petaling Jaya, MBO Imago Mall Kota Kinabalu and MBO Spring Mall Kuching, dan telah dihadiri oleh lebih 1,400 tetamu termasuklah rakan perniagaan Petron Miles, pelanggan, selebriti, media dan kakitangan Petron.

Tayangan ini menandakan penayangan filem terbesar yang pernah diadakan oleh Petron Malaysia setakat ini.

“Kami gembira dapat meraikan pelanggan dan rakan niaga kami dengan pengalaman filem eksklusif Marvel Studios’ Avengers: Endgame. Majlis seperti ini adalah sebahagian daripada pengalaman fuel happy yang membezakan kami dengan yang lain.

“Kami berharap kesemua tetamu menikmati majlis eksklusif ini,” kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia.

Marvel Studios’ Avengers: Endgame menjanjikan konklusi yang mengujakan pada filem Avengers: Infinity War, di mana peminat dibiar membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku seterusnya.

Filem ini menampilkan kesemua Super Hero Marvel iaitu Captain America, Black Widow, Hulk, Thor, Antman, War Machine dan Rocket.

Sejak bekerjasama dengan Disney Malaysia pada 2016, Petron telah menayangkan 5 filem Marvel bermula daripada Thor: Ragnarok, Black Panther, Avengers: Infinity War, Ant-Man and The Wasp kepada Captain Marvel, kepada lebih 5,000 tetamu setakat ini.

Marvel Studios’ Avengers: Endgame menandakan pengakhiran Fasa 3 kolaborasi yang telah membawa banyak pengalaman yang mengujakan dan tidak dapat dilupakan buat para pelanggan Petron yang merupakan peminat setia Marvel.

Choong berkata, “Kami tidak sabar untuk memberikan tawaran yang lebih menarik buat pelanggan melalui kolaborasi bersama The Walt Disney Company Malaysia. Kolaborasi ini telah membawakan banyak kegembiraan kepada pelanggan-pelanggan kami dalam 3 tahun, dan kami berharap akan terus dapat melakukannya pada masa akan datang.”

Bersempena dengan filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame, Petron akan menjual barangan premium khas di 640 stesen minyak Petron.

Ini termasuk tshirt edisi terhad Marvel Studios’ Avengers: Endgame berwarna hitam dan kelabu (RM40 atau 3,500 mata PMiles), beg clutch bersaiz besar (RM45 atau 4,000 mata PMiles) dan sederhana (RM40 atau 3,500 mata PMiles) dan 5 mat anti-slip individu (RM9 atau 750 mata PMiles).

Untuk setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing Fully Synthetic atau Petron Blaze Racing Synthetic Blend, pelanggan akan menerima payung 23-inci edisi terhad Marvel Studios’ Avengers : Endgame secara percuma. Semua brangan premium akan mula dijual sementara stok masih ada.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini