Prestasi eksport Industri produk kecantikan Taiwan melonjak 13.32% sejak tiga tahun lalu dan jumlah eksport mencapai tahap tertinggi dalam sejarah bernilai USD832 juta tahun 2018, berikutan pertumbuhan tahunan 11.33% yang juga menjangkau pertumbuhan purata eksport Taiwan sebanyak 5.9%.

MAJLIS Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) akan menganjurkan acara “Taiwan Beauty Pop-Up Shop” di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 19-21 April 2019 untuk pengguna Malaysia mengalami pelbagai produk kecantikan dari Taiwan dengan lebih dekat.

TAITRA dikendalikan oleh Biro Perdagangan Antarabangsa Taiwan sebagai salah satu dari Pelan Promosi Produk Kecantikan Taiwan 2019 di bawah Dasar Baharu Pandang ke Selatan (New Southbound Policy) oleh negara itu.

Acara perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan pemadanan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dijangka memudahkan produk kecantikan Taiwan menembusi pasaran Malaysia. Sejumlah 13 jenama akan mengambil bahagian di dalam kempen “pop-up store” yang akan memaparkan pelbagai produk kecantikan dan alat solek.

Antara produk berkualiti tinggi ialah pupur wajah seperti Timeless Truth Mask, Maskindom, Bonanza Zymo Excitative Membraneous KFM Mask dan My Scheming. Terdapat juga produk kecantikan seperti Natural Beauty, Scent Dom, FucoBelle, Bravura, Paskin, Lab 101, Skin Vitality, Pure Art dan TS6.

“Taiwan Beauty Pop-Up Shop” ialah kempen pemasaran pertama yang direka khas untuk pengusaha produk kecantikan Taiwan. Selain dari pameran pelbagai produk yang mengagumkan, penganjur acara ini juga menjemput model terkenal Malaysia Amber Chia dan 20 influencers popular untuk menyiarkan secara langsung pengalaman mereka dengan pelbagai produk, dan juga jurusolek tempatan terkenal Fatin Afeefa untuk mengendalikan “pop-up shop” selama satu hari.

Pengguna-pengguna yang ingin mencuba atau membeli produk amat dialu-alukan melawat “pop-up shop” di acara ini. Selepas acara “pop-up store” ini berakhir, delegasi dari Taiwan akan mengadakan sesi pemadanan perniagaan 22-24 April bersama dengan beberapa peruncit utama seperti Parkson, AEON, Guardian dan Caring.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini