Nama minyak pelincir Osoplus ini mungkin agak baru di negara ini namun sebenarnya ia adalah minyak pelincir berkualiti buatan Malaysia yang dirumus khas dari Jerman.

OSOPLUS yang dipasarkan oleh syarikat tempatan ini adalah minyak pelincir terbaharu di pasaran yang sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan tanpa mengira usia atau jenama.

Pengarah Urusan Osoplus Sdn Bhd, Chua Kiew Chai berkata, Osoplus menawarkan minyak pelincir jenis mineral, semi sintetik dan sintetik penuh pada harga yang berpatutan dengan kualiti yang setanding dengan minyak pelincir yang sedia ada dipasaran ketika ini.

“Bagaimanapun, kami menawarkan pakej menarik kepada mereka yang ingin menjadi ahli sama ada membeli minyak pelincir atau mendapatkan perkhidmatan servis kenderaan di bengkel kami.

“Osoplus menawarkan enam pakej menarik dengan bonus tambahan hingga 30 peratus kepada pelanggan setia, berupa dompet elektronik iaitu e-Wallet,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Prebiu.com.

Beliau berkata, Osoplus juga akan memperkenalkan minyak pelincir khusus untuk kenderaan diesel dalam bentuk saiz 7 liter tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan jenis jenis itu yang semakin banyak digunakan di negara ini.

Osoplus turut memberikan insurans kemalangan peribadi TOKIO MARINE secara percuma yang memberi perlindungan hingga RM20,000 kepada mereka mendaftar sebagai ahli Osoplus dengan kadar bayaran serendah RM500 sahaja.

Bukan itu saja, Osoplus juga menawarkan servis memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan tanpa sebarang caj perkhidmatan serta baucar melancong bernilai RM400.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Osoplus Sdn Bhd, Datuk Mazlan Sabli berkata, sehingga kini sudah lebih 30 pelanggan sudah mendaftar sebagai ahli Osoplus dan dijangka lebih ramai akan turut serta kerana jenama itu masih baharu.

Menurutnya, kehadiran minyak pelincir Osoplus juga diterima baik dan pengguna rata-rata memuji kualiti produk itu yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Beliau berkata, pihaknya melihat pasaran minyak pelincir amat besar kerana ada lebih 13 juta kenderaan berdaftar di Malaysia dan setiap kenderaan perlu diselenggara mengikut jadual termasuklah kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing seperti Grab mahupun teksi.

“Buat masa ini, minyak Osoplus boleh didapati di pengedar terpilih kami seperti D Champion Auto Sdn Bhd, di Bandar Sunway.

“Kami juga sedang mencari pengedar eksklusif Osoplus di setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, selain turut merancang mengeksport minyak pelincir ini ke negara Asean lain seperti Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Osoplus ditawarkan dalam enam pilihan dan dijual pada harga bermula serendah RM78 hingga RM228.

  • Osoplus Extreme Pro IV 5W40SN – RM228
  • Osoplus Eco Plus III 10W40 – RM163
  • Osoplus Eco Plus II 5W30N – RM156
  • Osoplus Premium IV 15W40SN – RM99
  • Osoplus Premium III 10W30N – RM99
  • Osoplus Premium II 20W50SG – RM78
Ruang menunggu yang selesa

Pengedar Osoplus – D Champion Auto Sdn Bhd

Ketika ini, bengkel D Champion Auto Sdn Bhd menjadi pengedar pertama minyak pelincir Osoplus, terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor.

Bengkel ini turut menyediakan servis ambil dan hantar kenderaan untuk diservis atau dibaiki sama ada di pejabat atau rumah dalam radius 20km dengan caj percuma sahaja!

Dibantu empat mekanik bertauliah, bengkel dengan pengalaman lebih 10 tahun itu turut dilengkapi pelbagai mesin canggih dengan enam petak servis.

Bayaran dikenakan cukup berpatutan. Misalnya, servis menukar minyak pelincir hanya dikenakan caj serendah RM30 dan mampu disiapkan sepantas 30 minit.

Untuk maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk atau perkhidmatan boleh menghubungi alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah:

ALAMAT:

D Champion Auto Sdn Bhd
7, Jalan PJS 7/21, Bandar Sunway,
46150 Subang Jaya, Selangor

  • TELEFON UNTUK DIHUBUNGI: 03-56133339/010-3611858(Cik Peggy)
  • & 013-9595222 (En Stevie)
  • Laman web: www.osoplus.com.my
  • EMEL: osoplus888@gmail.com

WAKTU OPERASI:

9 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat)
9 pagi – 3 petang (Sabtu)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini