Selepas Iriz menerima sentuhan baru, kini Proton Persona edisi yang dinaiktaraf bakal dilancarkan ke dalam pasaran tempatan tahun ini melalui foto rasmi Proton yang diterima.

MODEL Persona ini antara yang pertama mendapat sentuhan kemasan luaran baru hasil kerjasama di antara Proton dan Gelly pada 2017.

Paling ketara ialah rekaan gril hadapan dengan berkonsepkan ‘busur panah’ dan gril radiator ‘Infinite Weave” sebagi elemen utama yang mula diperkenalkan pada Proton X70.

Lampu Nyalaan Siang (DRL) terletak pada perumah bampar dengan latar belakang bercorak ‘sarang lebah’ dan ruang kemasukan udara tampil lebih elegan pada posisi lebih rendah.

Pada bahagian belakang dengan perkataan Proton menggantikan logo, serta spoiler nipis pada but menyerlahkan gaya sporty untuk kenderaan sedan segmen-B ini.

Antara pembaharuan lain yang diberi ialah rekaan rim aluminium 15 inci dan antena sirip ikan jerung untuk sentuhan gaya lebih premium.

Bahagian ruang dalaman selain skrin sesentuh berwarna, Persona juga bakal menerima ketersambungan aplikasi terkini melalui sistem fungsi arahan suara yang dibangunkan Proton dan ECARX adalah yang pertama dalam segmennya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini