Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) kini genap tujuh tahun dan berada di landasan yang tepat untuk merealisasi seramai 40,000 aspirasi menjelang 2020.

PELBAGAI pencapaian membanggakan diperolehi, yang terbaru adalah Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin yang juga merupakan alumni Universiti Utara Malaysia telah diiktiraf sebagai penerima kehormat Pemimpin Berpengaruh 2019 oleh AACSB International (AACSB) iaitu sebuah badan antarabangsa dari Amerika Syarikat.

Raja Azura Raja Mahayuddin Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju

Penganugerahan itu adalah sumbangan positif beliau dalam Yayasan Peneraju terutama kepada komuniti dan masyarakat.

Raja Azura berkata, beliau amat bersyukur dengan penganugerahan tersebut kerana ini
adalah hadiah istimewa buat beliau bersempena dengan ulangtahun ke 7 Yayasan Peneraju
yang diterajui beliau sejak 2012 dalam merealisasikan agenda memperkasakan keupayaan
Bumiputera terutama mereka dari golongan yang mencabar.

“Dalam tempoh tujuh tahun, kini lebih 25,000 penerima faedah beroleh manfaat daripada
pendidikan berkualiti Yayasan Peneraju melalui Program Peneraju Profesional, Peneraju
Skil dan Peneraju Tunas terutama golongan B40 dan mereka dari golongan yang mencabar
agar mereka mampu berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.

“Kini kami berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat kami merealisasi aspirasi seramai 40,000 bakat-bakat Buiputera menjelang 2020,” katanya.

Ahmad Fauzee Mohd Hassan_diiktiraf No 1 di dunia bagi kertas Laporan Kewangan (F7) Jun 2018

Yayasan Peneraju telah diamanahkan untuk memupuk dan membangun bakat Bumiputera
ke tahap tertinggi, menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah kerjaya
berpendapatan tinggi dan mentransformasi keupayaan Bumiputera ke arah menjana
pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui pendidikan akademik, pensijilan
vokasional dan profesional.

Pelbagai pencapaian diperolehi dalam tempoh tujuh tahun penubuhan Yayasan Peneraju.
Antara tujuh pencapaian yang amat membanggakan dalam dalam jangkamasa tujuh tahun
itu ialah:

  1.  Lebih 25,000 penerima faedah daripada program-program pembiayaan akademik,
    vokasional dan pensijilan profesional.
  2. Lebih 200 jenis program pembiayaan akademik, vokasional dan pensijilan
    profesional dengan kerjasama penyedia latihan/rakan program serata Malaysia.
  3. Peneraju Tunas: 86% daripada lebih 1,200 penerima faedah yang melanjutkan
    pelajaran ke universiti merekodkan CGPA melebihi 3.00.
  4. Peneraju Skil Iltizam (program Zero to Hero) dan Peneraju Skil (Mahir): Masing-
    masing telah melahirkan belia di bawah umur 20 tahun dan 30 tahun yang
    memperoleh pendapatan tertinggi mencecah RM9,000 dan RM20,000.
  5. Peneraju Profesional: Lebih 50 penerima faedah kami merupakan World Prize
    Winner. Ahmad Fauzee Mohd Hassan dan Wan Nur Mafudah Wan Yusof diiktiraf
    nombor 1 di dunia.
  6. Yayasan Peneraju telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.
  7. Lebih 40 buah organisasi menyumbang dana kepada Yayasan Peneraju termasuk
    PNB, Yayasan Sime Darby, Yayasan Universiti Teknologi Petronas, ACCA, Sunway
    TES, Ekuinas, Yayasan Bank Rakyat, MRCB dan banyak lagi.

Sepanjang tujuh tahun, Yayasan Peneraju berbangga kerana mendapat sokongan padu dan
berterima kasih kepada lembaga pemegang amanah Yayasan Peneraju, ahli-ahli
jawatankuasa kerja, ahli-ahli lembaga penasihat, penyumbang-penyumbang dana, rakan-
rakan program dan semua yang terlibat membawa Yayasan Peneraju ke tahap ini.

Wan Nur Mafudah Wan Yusof_diiktiraf No 1 di dunia bagi kertas Laporan Kewangan (F7) Dis 2017

“Maju ke hadapan, untuk tahun 2019 Yayasan Peneraju akan memberi peluang kepada
lebih 7,000 penerima faedah melalui program-program pembiayaan akademik, pensijilan
vokasional dan profesional sedia ada serta program-program baru termasuk Khaira Ummah
yang baru diperkenalkan untuk golongan Huffaz.

Kami juga memperkenalkan Dana Ilmu iaitu suatu tabung pendidikan awam, dan program-program untuk kumpulan yang terpinggir,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini