Rangkaian wakil pengedar bertauliah BMW memperkayakan pengalaman kepenggunaan para pelanggannya dengan meluaskan penawaran Pakej-Pakej Servis Minyak Enjin BMW (BMW Engine Oil Service Packages).
PENGEDAR-pengedar BMW yang bertauliah kini menawarkan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi platform e-dagang, Lazada untuk memberikan pengguna kemudahan akses kepada Servis dan Minyak Enjin BMW Original (Original BMW Engine Oil and Service) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkayakan pengalaman pemilikan premium BMW.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Dalam usaha kami
untuk meningkatkan taraf pengalaman pemilikan BMW, kami berasa teruja untuk
menjalin kerjasama dengan platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia untuk
membolehkan Servis dan Minyak Enjin BMW Original lebih mudah untuk didapati oleh
para pemilik BMW.
Ia menandakan sebuah penawaran selepas jualan (after-sales) yang pertama oleh wakil-wakil pengedar bertauliah BMW menerusi platform e-dagang yang membolehkan pemilik BMW menikmati pengalaman pemilikan yang sempurna di mana-mana sahaja mereka berada dengan kemudahan internet.”
Stefan Sloboda, Ketua Unit Selepas Jualan BMW Malaysia berkata bahawa, “Dengan
penglibatan pelbagai pengedar, kami dapat menjamin prestasi, efisiensi dan perlindungan yang optimal bagi enjin kenderaan para pelanggan kami, dan pada masa yang sama, menyampaikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya menerusi perkhidmatan penyelenggaraan BMW yang berkualiti tinggi.”
Pakej-Pakej Servis Minyak Enjin BMW ditawarkan bermula daripada RM450 dan ke atas bagi model-model yang tertentu dalam kelompok kenderaan BMW 3 Series (E46 dan E90) dan BMW 5 Series (E60). Pakej-pakej tersebut merangkumi Minyak Enjin BMW Original, Penapis Minyak BMW serta servis yang berkenaan.
Untuk pengalaman pemilikan yang sempurna, pemilik boleh menggunakan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi tiga langkah yang mudah:
- Beli Servis Penukaran Minyak BMW melalui mana-mana pengedar yang terlibat
di Lazada. - Pengedar bertauliah BMW yang berkenaan akan menghubungi pemilik dalam
masa satu hari perniagaan untuk menjadualkan sesi janji temu. - Bawa kenderaan anda pada hari yang dijadualkan untuk Servis Penukaran
Minyak BMW.
Pakej-pakej tersebut sah menerusi rangkaian wakil pengedar bertauliah BMW yang
terlibat dalam penawaran ini, dan ia merangkumi Auto Bavaria Glenmarie , Auto Bavaria
Johor Bahru, Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Penang, Auto Bavaria Sungai
Besi, Ingress Auto Damansara, Lee Motors Auto Care: Alor Setar, Seong Hoe Premium
Motors Melaka, Tian Siang Premium Auto: Butterworth, Tian Siang Premium Auto: Ipoh
dan Wearnes Autohaus Tebrau.