BMW tampil dengan model eksklusif dari litar ke jalan raya dengan hanya 300 unit bagi setiap edisi jentera BMW 330e Edisi M Performance dan BMW X5 xDrive 40e Edisi M Performance.
BMW Malaysia memperkenalkan model BMW 330e Edisi M Performance serta BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance, setiap kenderaan ini dilengkapi dengan Aksesori BMW M Performance (BMW M Performance Accessories) untuk menawarkan peminat tegar sukan permotoran BMW, pengalaman pemanduan yang unggul.
Hanya 300 unit ditawarkan bagi setiap jentera Edisi BMW M Performance yang eksklusif ini.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tahap eksklusif kenderaan premium kami sambil memelihara dinamik dan prestasi pemanduan jentera berjenama BMW yang tiada tolak bandingannya.
“Kedua-dua model ini yang digemari oleh peminat kenderaan telah dipilih melalui proses yang teliti dan ia didatangkan dengan komponen-komponen BMW M Performance yang tercipta hasil daripada inspirasi sukan permotoran.
“Kami rasa berbangga untuk menzahirkan pengalaman sukan permotoran yang unik ini di atas jalan raya bagi pelanggan-pelanggan kami. Menerusi ciri-ciri dinamik yang sempurna dan visual yang menawan, pemilik kenderaan ini boleh mengalami keterujaan pemanduan daripada dua dunia yang berbeza dan merasai sendiri DNA sukan permotoran BMW dihidupkan di atas jalan raya,” katanya.
Dengan kit aerodinamik M Performance yang diguna pakai dalam model-model Hibrid Elektrik ‘Plug-in’ yang terlaris, Edisi BMW M Performance yang terdiri daripada jentera BMW 330e dan BMW X5 xDrive40e telah ditransformasikan dengan kelebihan atletik, digandingkan dengan dinamik pemanduan BMW yang terbaik serta prestasi dan efisiensi yang cemerlang.
BMW 330e Edisi M Performance
BMW 3 Series Hybrid yang ditambah baik juga didatangkan dengan Teknologi eDrive dan kini tampil dengan aerodinamik serta estetika yang lebih sporty, ia merangkumi komponen M Performance seperti skirt sisi, kerajang ambang sisi (side sill foils) dan gril hadapan dalam warna glos hitam, serta pelitup cermin sisi ‘M Performance Carbon’ yang ringan.
Jentera ini juga dilengkapi dengan pemasangan kit di bahagian hadapan dalam warna ‘Matt Black’, spoiler belakang dan peresap (diffuser) belakang, di samping lampu belakang M Performance yang gelap dan agresif untuk menyimpulkan keterampilan jentera ini yang serba dinamik.
Interior jentera ini pula menampilkan pedal dan tempat letak kaki M Performance yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Penawaran warna eksterior bagi BMW 330e Edisi M Performance merangkumi warna Oren (Sunset Orange), Hitam (Black Sapphire), Biru (Estoril Blue) atau Putih (Alpine White); sementara ruang interior dipadankan dengan material Kulit ‘Black Dakota’.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 330e Edisi M Performance ialah RM258,800. Dengan ‘Easy Drive Programme’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330e Edisi M Performance juga boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM3,278 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% yang bertempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).
BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance
BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance yang eksklusif juga didatangkan dengan komponen M Performance seperti skirt sisi, kerajang ambang sisi, dan gril hadapan berwarna glos hitam, serta pelitup karbon M Performance Carbon bagi kedua-dua cermin sisi.
Bahagian hadapan kenderaan ini dilengkapi dengan kit yang diperbuat daripada karbon, manakala spoiler dalam warna glos hitam dan peresap karbon dipasang pada bahagian belakang.
Pedal yang diperbuat daripada keluli tahan karat juga menambah elemen sukan permotoran yang ditonjolkan dalam ruangan interior.
Jentera BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance boleh didapati dalam warna Hitam (Carbon Black), Putih (Mineral White) atau Kelabu (Space Grey). Semua penawaran warna eksterior digandingkan dengan material Kulit ‘Black Dakota’, sementara warna ‘Carbon Black’ menawarkan pilihan tambahan dalam variasi Kulit ‘Terra Dakota’.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance ialah RM 390,800.00. Dengan ‘Easy Drive Programme’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance juga boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,878 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% yang bertempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).
Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh
Pemilik Edisi BMW M Performance juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:
- Waranti Perbatuan tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta
Program Servis Berjadual Percuma - Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/ 24 Bulan oleh BMW untuk
penawaran servis ‘Run Flat Tyre’ - Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
- Servis Dalam Talian oleh BMW
Pelanggan boleh membuat kunjungan untuk melihat, mengemukakan pertanyaan
atau membuat tempahan ke atas jentera Edisi BMW M Performance yang terhad
ini di mana-mana premis pengedaran BMW yang terdekat.
CNY@BMW
Raikan Tahun Baru Cina di BMW dengan tawaran yang menarik seperti promosi, rebat dan solusi pembiayaan bermula daripada 0.88% bagi pelbagai rangkaian model
BMW yang boleh didapati di semua wakil pengedar BMW yang bertauliah.
Pemilik BMW 530e, BMW 740Le dan BMW X5 xDrive40e yang baharu akan menerima
‘BMW i Wallbox Plus’ dan ‘BMW i AC Fast Charging Cable’ secara percuma*, menerusi Promosi ‘BMW i Wallbox’.
Dengan mana-mana pembelian kenderaan Hibrid ‘Plug-In’ BMW, pemilik baharu juga boleh menikmati Promosi ‘BMW ChargeNow´ yang kini menawarkan ‘BMW i AC Fast Charging Cable’ serta kad ‘BMW ChargeNow’ secara percuma.
Menerusi kolaborasi yang dijalin dengan GreenTech Malaysia, kad BMW ChargeNow menawarkan pemilik akses yang komplimentari tanpa had ke atas perkhidmatan mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV sepanjang satu tahun.
Kempen CNY@BMW akan berakhir pada 31 Mac 2019.
*Promosi ini tidak meliputi kos pemasangan ‘BMW i Wallbox’.
BMW 318i Luxury, BMW 530i M Sport, BMW 630i GT dan BMW X1 sDrive 20i
Sport.
Bersempenakan Tahun Baru Cina, BMW Malaysia juga mengambil peluang untuk
mengumumkan harga baharu BMW 318i Luxury, BMW 530i M Sport, BMW 630i
GT dan BMW X1 sDrive 20i Sport. BMW X1 sDrive 20i juga menerima roda baru
yang direka bentuk dalam bentuk 18 inci Y Spoke Style 566 Alloy Wheels serta Trim
Luar dan Rel Bumbung dalam Alumin Berpilin.
Harga jualan baru (atas jalan, tanpa insurans) untuk kenderaan BMW adalah
seperti di bawah.
BMW 318i Luxury RM198,800
BMW 530i M Sport RM372,800
BMW 630i GT RM430,800
BMW X1 sDrive 20i Sport RM220,800
* Terima kasih kepada Ingress Auto Puchong yang membenarkan Prebiu.com mengambil gambar model BMW 330e Edisi M Performance dengan lebih dekat.