Majlis menandakan kolaborasi kedua antara pembekal Malaysia dan luar negara membabitkan pelaburan awal dianggarkan sebanyak RM47 juta beserta 450 peluang pekerjaan baharu

MENERUSI perjanjian kerjasama antara pembekal PROTON dan rakan kongsi luar negara ditandatangani pada 10 Oktober tahun lepas, kini giliran kumpulan kedua pembekal pula bertukar perjanjian kerjasama di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC).

Majlis disaksikan Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, disertai oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan pengurusan kanan PROTON dan DRB-HICOM.

Bagi kumpulan pertama pembekal, perjanjian kerjasama tersebut meliputi skop dari perjanjian teknikal dan usaha sama pelaburan asing 100% dengan pembekal luar negara yang melabur secara langsung dalam ekonomi Malaysia.

Dianggarkan dengan kerjasama baharu ini akan membawa pelaburan awal sebanyak RM47 juta kepada negara dengan jumlah yang ditetapkan berganda sepanjang tahun seiring dengan peningkatan dalam jumlah pengeluaran PROTON.

Selain dari pelaburan pada kemudahan dan teknologi, kerjasama itu juga dijangka dapat menghasilkan kira-kira 450 pekerjaan baharu dalam industri automotif yang terdiri daripada pemasangan sehinggalah kepada reka bentuk kejuruteraan yang memerlukan pekerja mahir.

Ini akan membantu mewujudkan asas pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan untuk generasi kereta Proton yang datang yang akan dibangunkan bersama Geely.

Dato’ Radzaif Mohamed, Deputy Chief Executive Officer of PROTON

Para pembekal ini akan membekalkan alat-alat ganti ke kilang pembuatan PROTON di Tanjung Malim, yang kini dalam inisiatif diperbesarkan dengan kos sebanyak RM1.2 billion.

Kilang baharu itu dijangka siap pada suku keempat 2019 dengan kereta Proton versi complete-knocked-down (CKD) pertama yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.

“Program pembangunan pembekal PROTON sedang giat dijalankan dan syarikat telah berusaha untuk melakukan aktiviti pemadanan dengan mencari rakan kongsi terbaik yang akan memberi manfaat kepada semua pembekal, ekonomi tempatan serta PROTON.

Dr Ong Kian Ming, Deputy Minister of International Trade and Industry

“Kami yakin dengan membina kerjasama bersama rakan kongsi di luar negara, pembekal tempatan akan berpeluang mencapai standard antarabangsa dari segi kemajuan teknologi dan kualiti dalam jangka masa yang singkat,” kata Dr Li Chunrong.

Sementara itu, lebih 2,000 unit Proton X70 diserahkan selepas lima minggu ianya dilancarkan dan tempahan bagi model tersebut telah melebihi 15,000 unit.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini